Kegiatan teksi sapu: Gaya hidup pemandu dan reaksi para pengguna/penumpang ke atas kegiatan ini (Kajian kes di Pasir Mas, Kelantan) / Nordin Jusoh

Nordin, Jusoh (1988) Kegiatan teksi sapu: Gaya hidup pemandu dan reaksi para pengguna/penumpang ke atas kegiatan ini (Kajian kes di Pasir Mas, Kelantan) / Nordin Jusoh. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (17Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian dan penulisan mengenai sistem pengangkutan awam di Malaysia banyak dilakukan oleh para penyelidik dan orang tertentu bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan juga menjelaskan kepada umum tentang sistem pengangkutan di negara kita. Kajian ke atas salah satu daripada bentuk pengangkutan awam di Malaysia. Di bawah ini diterangkan serba ringkas mengenai aspek-aspek yang dikaji. Dalam bab pertama, sebagai pengenalannya, penulis telah membincangkan tentang beberapa perkara asas dalam kajian iaitu meliputi tujuan, bidang, kaedah atau methodology, masalah dan juga latar belakang tempat kajian. Dalam bab kedua, penulis membarikan difinasi mengenai fokus kajian tentang teksi sebagaimana yang biasa dikehendaki dan juga tentang teksi sapu. Dalam bab ini juga, penulis telah membincangkan perkara-perkara yang bersangkut-paut dengan kajian yang dilakukan iaitu berkaitan dengan industri teksi. Perkara-perkara yang dibincangkan disini adalah diambil daripada bahan-bahan penulisan lepas termasuk dari dalam dan luar negeri. Di antara perkara yang dibincangkan mengenai perkhidmatan teksi ialah tentang struktur tambang, sifat-sifat penumpang, sifat-sifat perjalanan teksi dan sebagainya. Dalam ke tiga pula, perbicangan difokuskan kapda analisis kajian yang dijalankan oleh penulis terhadap kegiatan teksi sapu. Fokus utama yang dibincangkan ialah mengenai latar belakang sosioekonomi pemandu yang meliputi kaum dan umur, status perkhawinan dan tanggungan, tahap pelajaran, tempat kediaman, hak milik, pekerjaan yang dilakukan sebelum menjadi pemandu teksi sapu dan juga sebab-sebab mereka bergiat dalam kegiatan itu. Seterusnya dalam bab empat fokus perbincangan penulisan ialah mengenai kegiatan yang dijalankan dan pendapatan yang diperoleh oleh para pemandu. Perkara-perkara yang dibincangkan ialah meliputi jenis-jenis pemilikan teksi, masa dan kawasan pekerjaan, pendapatan yang diperolehi oleh pemandu teksi hasil dari kegiatan teksi sapu. Disamping itu, perbicangan juga meliputi kepada pekerjaan dan pendapatan sampingan para pemandu dan akhir sekali mengenai perbelanjaan dan tabungan yang dilakukan oleh mereka. Di bab yang ke lima, penulis telah pun membuat perbincangan kepada para pengguna atau penumpang yang menggunakan khidmat teksi sapu. Perbicangan ini meliputi kaum da umur, pekerjaan tujuan kekerapan mengguna serta reaksi ataupun pandangan mereka terhadap kegiatan teksi sapu. Dalam bab enam, fokus perbincangan penulis ialah mengenai masalah yang dihadapi oleh para pemandu dan juga para pengguna/penumpang. Di bahagian yang pertama, perbincangan adalah ditumpukan kepada masalah para pemandu. Masalah-masalah yang dibincangkan ialah berkaitan dengan pihak berkuasa, lessen/permit, pertambahan jumlah teksi sapu, kawasan tempat menunggu atau perhentian yang terhad dan masalah persaingan yang dihadapi oleh para pemandu dalam menjalankan kegiatan ini. Akhir sekali bab tujuh, penulis membuat rumusan mengenai keseluruhan perkara yang diperbincangkan terdahulu terutamanya yang menyentuh tentang para pemandu, pengguna dan pihak berkuasa. Seterusnya, penulis telah memberikan saranan-saranan yang tertentu dalam usaha untuk “membebaskan” kegiatan teksi sapu ini. Di akhir bab ini, penulis telah memberi satu kesimpulan umum terhadap kajian yang dijalankan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1987/1988.
    Uncontrolled Keywords: Teksi sapu; Pemandu; Penumpang; Pendapatan; Simpanan
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 18 May 2022 07:25
    Last Modified: 18 May 2022 07:25
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13307

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item