Normarlina , Mohamad Lutpi (2022) Kefahaman dan penglibatan pelajar dalam pusat rawatan alternatif: Kajian di Politeknik Port Dickson / Normarlina Mohamad Lutpi. Masters thesis, Universiti Malaya.
PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (182Kb) | |
PDF (Thesis M.A.) Download (2368Kb) |
Abstract
Rawatan alternatif telah diiktiraf dalam Islam dan juga dalam proses penguatkuasaaan Akta PT&K 2016 secara berfasa oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang sering menjadi perhatian dalam kalangan orang awam terutamanya para pelajar yang berasa keliru akan amalan pengubatan Islam. Jadi, pelaksanaan kajian ini adalah bagi menjawab empat objektif seperti berikut : i) menjelaskan konsep perubatan Islam sebagai rawatan alternatif, ii) mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam rawatan alternatif, penglibatan pelajar sebagai pesakit dan pelajar rawatan alternatif Islam, iii) menganalisis tahap pemahaman pelajar terhadap rawatan alternatif Islam, dan iv) menganalisis pengaruh pengetahuan dan penglibatan pelajar terhadap rawatan alternatif Islam. Metodologi yang diguna pakai membabitkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Bagi kaedah kualittaif, kajian perpustakaan, pemerhatian dan temu bual telah digunakan bagi mengumpul data. Manakala bagi kaedah kuantitatif pula, soal selidik telah menjadi instrumen dalam kajian ini. Responden dalam kajian ini meliputi para pelajar di Politeknik Port Dickson daripada pelbagai bidang pengajian di pelbagai jabatan. Secara keseluruhannya hasil kajian telah mendapati faktor-faktor penglibatan pelajar terhadap rawatan alternatif berada di tahap yang baik. Pemahaman mereka terhadap hukum hakam dan kaedah perubatan Islam juga berada di tahap baik. Manakala terdapat hubungan pengetahuan dan penglibatan sebagai pelajar tetapi hubungan tersebut berada di tahap yang lemah. Kajian ini memberi impak kepada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti yang memerlukan penambahbaikan kurikulum berkaitan akidah oleh Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum (SPPK) dan keperluan kepada pemantauan yang lebih oleh pihak bertanggungjawab dalam mengekang penglibatan para pelajar terhadap bidang perubatan yang tidak patuh kepada syariah.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2022. |
Uncontrolled Keywords: | Kefahaman; Penglibatan; Pelajar; Rawatan alternatif; Perubatan Islam |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc R Medicine > RZ Other systems of medicine |
Divisions: | Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 26 May 2023 06:41 |
Last Modified: | 26 May 2023 06:41 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14459 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |