Analisis teknikal saham patuh syariah di bursa Malaysia menurut perspektif Islam / Safiah Ruslan

Safiah , Ruslan (2018) Analisis teknikal saham patuh syariah di bursa Malaysia menurut perspektif Islam / Safiah Ruslan. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A.)
Download (3111Kb)

    Abstract

    Disertasi ini berfokuskan kepada penggunaan strategi analisis teknikal bagi membantu pelabur mahupun pedagang Muslim menjana keuntungan di dalam pasaran saham patuh syariah. Penulisan ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana ketepatan pergerakan harga saham patuh syariah di Bursa Malaysia berdasarkan analisis teknikal dan menurut perspektif Islam. Justeru, penulis menggunakan dua pendekatan bagi kajian ini. Pendekatan pertama mengaplikasi kaedah ayunan bermusim melalui model jumlah pulangan, nisbah pulangan risiko dan nisbah Sharpe dan ujian T untuk mengkaji kadar pulangan indeks menggunakan analisis teknikal. Selanjutnya, model CAPM dan APT diadaptasi untuk mengenal keupayaan pemboleh ubah ekonomi mempengaruhi perubahan pasaran saham patuh syariah dan aplikasi bentuk hubungan tersebut pada penggunaan analisis teknikal. Pemboleh ubah yang digunakan ialah indeks FBM Shariah Emas, FBM Hijrah Shariah, Indeks Minyak Petroleum Mentah, Indeks Kelapa Sawit dan kadar pertukaran Ringgit Malaysia ke Dolar Amerika Syarikat. Data harian dikumpulkan antara 4 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016. Dapatan menunjukkan penggunaan analisis teknikal adalah signifikan untuk menilai prestasi pasaran semasa saham. Selain itu keuntungan di dalam pasaran saham patuh syariah mampu dicapai melalui strategi analisis teknikal tetapi penggunaan analisis teknikal kurang signifikan dalam pasaran tahun 2016 yang telah mengalami penurunan. Oleh itu, pemilihan penggunaan isyarat yang salah, boleh diminimumkan melalui perbandingan isyarat teknikal dengan corak pemboleh ubah ekonomi dan indeks patuh syariah. Hubungan yang diperoleh ialah hubungan negatif yang signifikan pada kadar pertukaran asing dan harga indeks minyak mentah petroleum dan wujud hubungan positif signifikan pada indeks minyak kelapa sawit. Pendekatan kedua pula diambil melalui kaedah induktif, deduktif, komparatif dan naratif dengan perbincangan penggunaan strategi analisis teknikal secara perspektif Islam. Pada perspektif Islam, secara asasnya penggunaan analisis teknikal diharuskan. Pada praktikalnya penggunaannya perlu disepadukan bersama analisis fundamental bagi mengekalkan keharusannya. Hal ini bertujuan untuk mencapai maṣlaḥah pelaburan Muslim daripada sudut pemeliharaan maṣlaḥah ḍaruriyāt, ḥājiyāt dan taḥsīniyāt. Namun begitu, keharusan tersebut boleh berubah sekiranya penggunaan analisis teknikal membawa kepada percanggahan syariah seperti spekulasi negatif dan perjudian.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Saham patuh syariah; Bursa Malaysia; Ekonomi; Pelaburan; Petroleum
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Economics
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 27 Jun 2023 02:34
    Last Modified: 27 Jun 2023 02:34
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14546

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item