Hubungan antara kepemimpinan distributif pengetua, amalan kepemimpinan distributif guru dan efikasi kendiri guru sekolah menengah zon tengah Malaysia / Rosnarizah Abdul Halim

Rosnarizah , Abdul Halim (2019) Hubungan antara kepemimpinan distributif pengetua, amalan kepemimpinan distributif guru dan efikasi kendiri guru sekolah menengah zon tengah Malaysia / Rosnarizah Abdul Halim. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (191Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Download (2415Kb)

      Abstract

      Bermula tahun 2016 hingga 2020, sistem pendidikan Malaysia memasuki gelombang ke dua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Dalam tempoh ini, fokus utama bagi anjakan keempat dan kelima yang berkaitan kepimpinan dan keguruan adalah memperkasa profesion keguruan dan menganjak ke arah kepemimpinan distributif (KPM, 2012). Justeru, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti hubungan kepemimpinan distributif pengetua dan efikasi kendiri guru. Seterusnya mengkaji sama ada wujud pengaruh amalan kepemimpinan distributif guru sebagai mediator ke atas hubungan kepemimpinan distributif pengetua dan efikasi kendiri guru. Kajian ini juga menganalisis sama ada faktor jantina, tempoh perkhidmatan dan jenis sekolah berperanan sebagai moderator ke atas hubungan kepemimpinan distributif pengetua dan efikasi kendiri guru. Kajian ini merupakan kajian bukan eksperimental yang menggunakan kaedah kajian tinjauan berpendekatan kuantitatif. Seramai 563 guru dari sekolah-sekolah di zon tengah Malaysia terpilih secara rawak berstrata sebagai responden. Data dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kepemimpinan distributif adalah tinggi dengan dimensi perkongsian hala tuju dan perkongsian tanggungjawab menunjukkan tahap sangat tinggi. Seterusnya dapatan menunjukkan bahawa tahap amalan kepemimpinan distributif guru adalah tinggi dengan dimensi hubungan kerja intuitif dan terselaras berada pada tahap sangat tinggi. Tahap efikasi kendiri guru didapati sangat tinggi secara keseluruhan dan bagi kesemua dimensi yang dikaji. Seterusnya dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan arah positif namun pada tahap korelasi yang lemah di antara kepemimpinan distributive pengetua dan efikasi kendiri guru. Manakala kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan arah positif pada tahap korelasi yang kuat antara kepemimpinan distributif pengetua dan amalan kepemimpinan distributif guru. Analisis seterusnya mendapati bahawa dimensi membuat keputusan merupakan penyumbang dominan dalam pemboleh ubah kepemimpinan distributif pengetua kepada perubahan efikasi kendiri guru, kepimpinan pengetua merupakan penyumbang dominan dalam pemboleh ubah kepemimpinan distributif kepada perubahan amalan kepemimpinan distributif guru. Seterusnya dimensi terselaras merupakan penyumbang dominan dalam komponen amalan kepemimpinan distributif guru kepada perubahan efikasi kendiri guru. Kajian ini turut mendapati bahawa faktor jantina, tempoh perkhidmatan dan jenis sekolah bukan moderator kepada hubungan antara kepemimpinan distributif pengetua dan efikasi kendiri guru. Akhirnya, dapatan utama kajian menunjukkan bahawa tiada pengaruh terus kepemimpinan distributif pengetua ke atas efikasi kendiri guru. Walau bagaimanapun, kesan tidak langsung kepemimpinan distributif pengetua ke atas efikasi kendiri guru yang signifikan wujud disebabkan oleh amalan kepemimpinan distributif guru yang menjadi mediator penuh kepada hubungan kedua-dua pemboleh ubah ini. Hasil kajian memberi implikasi kepada pembentukan dasar dan pelaksanaan program pembangunan profesional bagi pengetua dan keguruan. Pembangunan profesionalisme keguruan yang sistematik amat penting supaya hasrat PPPM 2013-2025 ke arah model kepemimpinan distributive sejajar dengan amalan terbaik sistem pendidikan antarabangsa dapat direalisasikan.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2019.
      Uncontrolled Keywords: Pengetua; Kepemimpinan distributif; Pentadbiran; Kendiri; Guru
      Subjects: L Education > L Education (General)
      L Education > LC Special aspects of education
      Divisions: Institute of Principalship Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 10 Jul 2023 01:42
      Last Modified: 10 Jul 2023 01:42
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14601

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item