Reka bentuk model komuniti pembelajaran profesional dan pengajaran berkesan guru Bahasa Melayu Malaysia / Siti Nafsiah Ismail

Siti Nafsiah , Ismail (2019) Reka bentuk model komuniti pembelajaran profesional dan pengajaran berkesan guru Bahasa Melayu Malaysia / Siti Nafsiah Ismail. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (188Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Download (4Mb)

      Abstract

      Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk model komuniti pembelajaran profesional (KPP) dan pengajaran berkesan guru Bahasa Melayu. Secara khususnya, kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk dan pembangunan (Design and Development Research) yang diperkenalkan oleh Richey dan Klien (2007) dalam membentuk sesebuah model. Kaedah reka bentuk dan pembangunan ini melibatkan tiga fasa utama iaitu: i) Fasa analisis keperluan model untuk mengenal pasti keperluan guru terhadap model KPP yang dibina, ii) Fasa reka bentuk model pula untuk membina sebuah model KPP dan pengajaran berkesan di Malaysia; dan iii) Fasa penilaian model untuk menilai model yang telah direka bentuk. Bagi fasa analisis keperluan model, melibatkan proses temu bual terhadap tujuh orang guru Bahasa Melayu secara separa berstruktur dijalankan untuk mendapatkan pandangan dan persetujuan mereka terhadap keperluan pembinaan model KPP dan pengajaran berkesan ini. Data yang diperoleh di analisis berdasarkan tema yang telah ditetapkan. Fasa reka bentuk model pula menggunakan kaedah Fuzzy Delphi (KFD). Dalam fasa ini, 12 orang pakar terlibat dalam memberikan pandangan dan pendapat bagi membina model kajian berdasarkan 7 skala likert linguistik. Nilai Threshold “d” di bawah ≤ 0.2 dikira untuk menentukan kesahan kesepakatan pakar terhadap item-item model dalam soal selidik pakar. Nilai defuzzication (Amax) digunakan bagi menentukan dan mengesahkan persetujuan kesepakatan pakar mestilah melebihi ≥ 0.50 dan mestilah melebihi 75% kesepakatan antara semua panel pakar. Fasa penilaian model adalah berdasarkan maklum balas daripada 450 orang guru Bahasa Melayu dan data dianalisis menggunakan SEM (Structural Equation Modelling). Analisis faktor CFA (confirmatory factor analysis), dijalankan untuk melihat kesahan konstruk melalui model pengukuran. Dapatan kajian bagi fasa analisis keperluan mendapati kesemua tujuh orang peserta bersetuju dengan keperluan reka bentuk Model KPP dan pengajaran berkesan guru Bahasa Melayu ini. Dapatan kajian fasa reka bentuk pula menunjukkan kesepakatan dalam kalangan dua belas orang pakar terhadap dua belas dimensi KPP dan enam dimensi pengajaran berkesan iaitu perkongsian kepemimpinan dan kepemimpinan menyokong, perkongsian nilai, matlamat, visi dan misi, pembelajaran kreatif, kolektif dan aplikasi, perkongsian amalan peribadi, sokongan dari aspek perhubungan dan struktur, dialog reflektif, fokus terhadap pembelajaran murid, budaya kolaboratif, budaya inkuiri dan amalan terbaik pengajaran, tindakan melalui pemerhatian, komitmen terhadap penambahbaikan berterusan, berorientasikan keputusan, pengurusan kelas, kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran, insentif pengajaran, kajian tindakan, dan penilaian pengajaran. Fasa penilaian model menunjukkan reka bentuk Model KPP dan Pengajaran Berkesan yang dibentuk adalah sesuai dan signifikan berdasarkan kepada pengukuran model persamaan struktur dengan data kajian (Chi-Square=289.293, P=0.00, GFI = 0.923, CFI = 0.970, TLI =0.960, RMSEA = 0.076, dan CMIN/DF = 3.616). Kajian ini juga mencadangkan Model KPP dan Pengajaran Berkesan yang direka bentuk dijadikan panduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya IPGM dan Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta dalam melahirkan guru Bahasa Melayu yang berilmu pengetahuan, berkemahiran tinggi, berdaya saing dan berketerampilan bagi memartabatkan profesion keguruan ke arah lebih cemerlang, seiring dengan pendidikan abad ke-21 yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2019.
      Uncontrolled Keywords: Guru Bahasa Melayu; KPP; Dimensi pengajaran; Pemebelajaran; Insentif pengajaran
      Subjects: L Education > L Education (General)
      P Language and Literature > P Philology. Linguistics
      Divisions: Faculty of Education > Dept of Language & Literacy Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 26 Jul 2023 07:55
      Last Modified: 26 Jul 2023 07:55
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14668

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item