Wan Nordiana , Wan Yusoff (2018) Agihan zakat kepada asnaf al-Riqab di Selangor: Analisis dari perspektif fiqh / Wan Nordiana Wan Yusoff. Masters thesis, Universiti Malaya.
PDF (Thesis M.A.) Download (1589Kb) |
Abstract
Asnaf al-riqāb di Selangor telah ditafsirkan sebagai seseorang yang terbelenggu di bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi menjalani kehidupan yang lebih baik. Usaha yang diambil oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor terhadap perluasan tafsiran al-riqāb telah dapat mengekalkan pengagihan zakat terhadap asnaf ini pada ketika masyarakat beranggapan bahawa tidak perlu lagi dilakukan pengagihan terhadap mereka kerana golongan hamba telah tiada pada masa kini. Namun begitu, berlaku ketidaksamarataan dalam pengagihan yang dibuat ke atas setiap asnaf dan al-riqāb didapati sentiasa menerima jumlah agihan kedua terendah daripada keseluruhan agihan. Oleh itu kajian ini dijalankan bagi menjelaskan konsep asnaf al-riqāb serta menganalisis agihan zakat tehadap asnaf ini di Selangor dari perspektif fiqh. Analisis dari sudut pentafsiran, kaedah, kadar serta manfaat agihan menjadi tumpuan utama kajian. Hasil kajian mendapati bahawa perluasan tafsiran al-riqāb yang diamalkan di Selangor adalah suatu pendekatan yang patut dicontohi kerana ia adalah suatu pentafsiran yang berasaskan realiti semasa yang berlaku di Selangor yang mana masalah sosial dan akidahnya sangat mengancam keharmonian masyarakat. Kaedah agihan secara tidak langsung yang diamalkan pula diizinkan syarak dengan mengambilkira keadaan asnaf yang tidak mampu menguruskan agihan dengan cara yang betul sekiranya diberikan secara langsung. Demikian juga agihan ini telah membawa manfaat dalam usaha memulihkan akhlak dan akidah asnaf melalui pembiayaan kepada aktiviti dakwah dan program keagamaan serta terhasilnya Modul Istitābah. Di samping itu kajian turut mencadangkan agar jumlah agihan yang diperuntukkan untuk asnaf ini dapat dinilai semula supaya lebih banyak program dapat dilaksanakan untuk membantu mereka keluar daripada belenggu yang dihadapi.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2018. |
Uncontrolled Keywords: | Zakat; Asnaf al-Riqab; Syarak; AIDS; Sosial |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Divisions: | Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 14 Aug 2023 02:50 |
Last Modified: | 14 Aug 2023 02:50 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14679 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |