Rawatan pemulihan dadah di Pondok Baitul Taubah Pasir Puteh Kelantan dan Klinik Cure & Care Sungai Besi Kuala Lumpur: Analisis perbandingan menurut perspektif hadith / Sulawati Suhaimi

Sulawati , Suhaimi (2022) Rawatan pemulihan dadah di Pondok Baitul Taubah Pasir Puteh Kelantan dan Klinik Cure & Care Sungai Besi Kuala Lumpur: Analisis perbandingan menurut perspektif hadith / Sulawati Suhaimi. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (194Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A)
    Download (1596Kb)

      Abstract

      Dadah adalah musuh negara, isu penagihan dadah dalam kalangan remaja khususnya semakin menular dan semakin meningkat, pelbagai cara dan program telah dilaksanakan oleh kerajaan terutama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), pusat-pusat rawatan persendirian dan pondok-pondok yang ditubuhkan bagi menyelesaikan isu penagihan dadah ini. Namun, penyelesaian sepenuhnya terhadap masalah ini masih belum tamat dan sehingga kini masih berlaku yang turut menyebabkan peningkatan jenayah. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan dan kaedah rawatan pemulihan dadah di Malaysia melalui kajian terhadap pendekatan dan kaedah rawatan pemulihan penagihan dadah di Pondok Baitul Taubah Pasir Puteh dan di Klinik Cure & Care Sungai Besi Kuala Lumpur. Keseluruhan aspek pendekatan dan kaedah rawatan pemulihan penagihan dadah tersebut kemudiannya dinilai dari perspektif hadith. Kajian ini adalah bersifat kajian kualitatif iaitu melalui kajian kes yang menggunakan kaedah temu bual dengan penagih dadah dan kakitangan yang terlibat dalam melaksanakan rawatan dan pemulihan, di samping kaedah pemerhatian terhadap proses rawatan yang dijalankan di pusat-pusat tersebut. Keseluruhan data dianalisis berdasarkan analisis induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa pemulihan penagihan dadah dalam kalangan penagih sangat memerlukan elemen Islam kerana ia dapat memberi kesan yang mendalam dalam proses pemulihan diri penagih. Hasil kajian menunjukkan faktor kerohanian adalah aspek utama dalam membantu memulihkan bekas penagih dadah iaitu dengan melakukan amalan zikir dan solat malam yang dapat memberi ketenangan jiwa penagih di samping amalan mandi malam yang turut membantu dari sudut fizikal ketagihan. Dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat beberapa hadith yang bertepatan dan boleh dijadikan sebagai panduan dalam rawatan pemulihan penagih dadah ini. Pemahaman terhadap hadith-hadith berkenaan dapat dijadikan ikutan yang sewajarnya dalam menghadapi isu pemulihan ini. Justeru, diharapkan pihak berwajib dan semua pihak dapat terlibat dalam menekankan aspek kerohanian Islam dalam membantu pemulihan para penagih yang ada bagi membendung penularan penagihan dadah ini lebih parah.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2022.
      Uncontrolled Keywords: Rawatan pemulihan dadah; Pondok Baitul Taubah; Klinik Cure & Care; Hadith
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      R Medicine > RA Public aspects of medicine
      Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 05 Feb 2024 06:49
      Last Modified: 05 Feb 2024 06:49
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14759

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item