Leka , Sendereprakasam (2019) Pelaksanaan kelas pemulihan Bahasa Melayu dalam kemahiran literasi membaca di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Selangor / Leka Sendereprakasam. Masters thesis, Universiti Malaya.
PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (239Kb) | |
PDF (Thesis M.A.) Download (1145Kb) |
Abstract
Kajian ini memberi tumpuan kepada Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu Dalam Kemahiran Literasi Membaca di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Selangor. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemahaman dan persepsi guru terhadap Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dalam kemahiran literasi membaca serta menganalisis perbezaan antara Kaedah dan strategi dalam Pelaksanaan Kelas Pemulihan dalam Kemahiran Literasi Membaca Bahasa Melayu oleh Guru-guru KPBM mengikut latar belakang sosial .Seterusnya, kajian ini juga bertujuan menentukan sokongan daripada KPM, Jabatan Pendidikan dan pihak sekolah dalam pelaksanaan Kelas Pemulihan Kemahiran Literasi membaca Bahasa Melayu. Pengkaji juga ingin mengetahui masalah dalam pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dalam kemahiran literasi membaca dan akhirnya mendapatkan cadangan untuk mengatasi masalah dalam kelas pemulihan Bahasa Melayu di SJKT. Responden kajian adalah seramai 60 orang guru Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang dipilih secara persampelan rawak dari 5 daerah, iaitu Petaling Perdana, Petaling Utama, Klang, Hulu Langat dan Gombak bagi pengumpulan data, instrumen seperti borang soal selidik telah digunakan. Kesahan soal selidik adalah berdasarkan penilaian beberapa orang pakar manakala kebolehpercayaannya pula diperoleh melalui kajian rintis yang dijalankan di mana nilai Cronboach Alphanya ialah 0.915. Hasil kajian mendapati bahawa pemahaman dan persepsi guru terhadap Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dalam Kemahiran Literasi membaca adalah sangat tinggi Ujian Ujian-U Mann-Whitney dan Kruskall-Wallis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara Kaedah dan strategi yang digunakan oleh guru-guru KPBM dalam Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dalam Kemahiran Literasi membaca mengikut jantina, bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar. Seterusnya, hasil kajian mendapati bahawa sokongan utama yang diperolehi oleh para responden daripada KPM, Jabatan Pendidikan dan pihak sekolah yang dapat membantu pdp guru dalam Pelaksanaan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dalam Kemahiran Literasi membaca adalah sangat tinggi, manakala masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam Pelaksanaan Kelas Pemulihan dalam Kemahiran Literasi membaca Bahasa Melayu adalah sederhana tinggi. Para responden memberi pelbagai cadangan untuk mengatasi masalah pelaksanaan KPBM. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama dengan pihak guru untuk memastikan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu dilaksanakan dengan berjaya.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya 2019. |
Uncontrolled Keywords: | Guru SJKT; Bahasa Melayu; Literasi; Pemahaman; Kelas pemulihan |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Divisions: | Faculty of Education > Dept of Language & Literacy Education |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 04 Dec 2024 07:53 |
Last Modified: | 04 Dec 2024 07:53 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15039 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |