Kesan kaedah inkuiri terhadap perolehan kemahiran proses sains / Teoh Boon Kiau

Teoh , Boon Kiau (2020) Kesan kaedah inkuiri terhadap perolehan kemahiran proses sains / Teoh Boon Kiau. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (182Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (984Kb)

      Abstract

      Hasrat Kurikulum Sains Sekolah Rendah (KSSR) adalah untuk melahirkan murid yang berpengetahuan, analitis, kreatif, inovatif dan berfikiran kritis. Bagi mencapai objektif ini, satu pendekatan kaedah pengajaran yang berkesan dan sesuai dengan pendidikan masa kini dan masa depan perlu dilaksanakan. Murid perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan sains untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah kehidupan mereka. Dalam merealisasikan aspirasi kurikulum, perolehan murid dalam kemahiran proses sains (KPS) boleh diperolehi melalui pelbagai pendekatan yang sesuai dan perlu dirancang dengan teliti. Modul Pendekatan Inkuiri Melalui Penguasaan Kemahiran Proses Sains (BPK, 2014) telah dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai panduan kepada guru dalam merangka dan melaksanakan kaedah yang berorientasikan perolehan KPS murid untuk pengajaran dan pembelajaran sains. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan perolehan KPS murid Tahun 5 (kumpulan eksperimen) berbantukan modul sedia ada berdasarkan pendekatan inkuiri dan sama ada ia dapat meningkatkan perolehan KPS murid berbanding dengan kaedah pembelajaran sedia ada (kumpulan kawalan). Reka bentuk kuasi eksperimental diginakan dalam kajian ini. seramai 153 orang murid Tahun 5 terlibat dalam kajian ini dan dimasukkan ke dalam kumpulan kawalan (70 orang murid) dan kumpulan eksperimen (83 orang murid). Dapatan berkaitan perolehan kemahiran proses sains asas (KPSA) dan kemahiran proses sains bersepadu (KPSB) untuk dua kumpulan telah ditentukan melalui instrumen Ujian Pra-Pasca KPSA dan Ujian Pra-Pasca KPSB. Statistik deskriptif, ujian t dan analisis kovarian ANCOVA digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Dapatan hasil kajian ini menunjukkan perolehan KPSA kumpulan eksperimen iaitu kumpulan yang menggunakan kaedah inkuiri berbantukan modul sedia ada adalah lebih baik dan berbeza secara signifikan berbanding dengan kumpulan kawalan. Skor min kumpulan eksperimen menunjukkan peningkatan sebanyak 4.1 mata (KPSA) dan 3.36 mata (KPSB) berbanding peningkatan skor min kumpulan kawalan sebanyak 1.33 mata (KPSA) dan 2.29 mata (KPSB). Walau bagaimanapun, responden dalam kumpulan eksperimen masih kurang menunjukkan perolehan KPSB walaupun guru telah berusaha dengan sedaya upaya supaya murid sedar akan kemahiran yang sedang dipelajari, di samping menerapkan konsep sains melalui pelbagai aktiviti dalam proses intervensi. Kajian ini menunjukkan implikasi di mana modul sedia ada yang dihasilkan boleh diaplikasikan oleh guru dalam membantu murid sekolah rendah meningkatkan perolehan kemahiran proses sains. Hasil kajian ini mencadangkan pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah rendah turut memberi penekanan kepada kemahiran berkaitan KPSB di samping membangunkan KPSA murid. Modul sedia ada ini juga dihasilkan untuk mendedahkan guru kepada strategi pengajaran yang lebih mantap dan berkesan.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2020.
      Uncontrolled Keywords: Kaedah inkuiri; KSSR; Kritis; Kreatif; Inovatif
      Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
      Q Science > Q Science (General)
      Divisions: Faculty of Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 08 Oct 2024 02:19
      Last Modified: 08 Oct 2024 02:19
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15154

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item