Nur Syahirah , Nor Hidayah (2023) Hubungan Turki dan Israel pada zaman pemerintahan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan (2003–2014) / Nur Syahirah Nor Hidayah. Masters thesis, Universiti Malaya.
PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (223Kb) | |
PDF (Thesis M.A.) Download (1439Kb) |
Abstract
Hubungan kerjasama Turki dan Israel telah lama wujud sejak pengakuan Negara Turki majoritinya orang Islam akan kewujudan Negara Israel pada tahun 1949. Kerjasama merangkumi aspek politik, ekonomi dan ketenteraan. Kesinambungan warisan sekular dari Kamal Ataturk telah membawa kepada pakatan kerjasama antaraTurki dan Israel. Pada abad ke-21 pula, selepas sebuah parti iaitu AKP telah mengambil alih tampuk pemerintahan Turki, banyak perubahan telah berlaku. Apabila seorang Perdana Menteri Turki yang baru dari Parti AKP iaitu Recep Tayyip Erdogan memerintah, beliau telah melakukan pembaharuan terutama dari aspek dasar luar Turki. Melalui pembaharuan dasar luar Turki yang baru ini, telah menyebabkan hubungan Turki dan Israel berlaku perubahan. Oleh itu, objektif disertasi bagi kajian ini merangkumi tiga objektif untuk dicapai iaitu i) membincangkan sejarah awal perkembangan hubungan Turki dan Israel ii)mengkaji biografi Perdana Menteri Erdogan dan sumbangannya iii)Menganalisis hubungan Turki dan Israel pada zaman Erdogan sebagai Perdana Menteri. Secara keseluruhannya, reka bentuk kajian ini ialah kajian kualitatif yang merangkumi kajian sejarah. Dalam mengumpulkan maklumat, pengkaji telah menggunakan analisis komparatif dan analisis kritikal bagi mendapatkan sumber mengenai sejarah hubungan Turki dan Israel dan biografi Erdogan serta sumbangannya. Hasil dari kajian disertasi ini, dapat mengetahui mengenai hubungan Turki dan Israel selepas pembaharuan dasar luar Turki yang berlaku.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2023. |
Uncontrolled Keywords: | Kerjasama Turki dan Israel; Sekular; Recep Tayyip Erdogan; Pembaharuan dasar luar Turki |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc D History General and Old World > D History (General) J Political Science > JA Political science (General) |
Divisions: | Academy of Islamic Studies |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 18 Jul 2024 01:04 |
Last Modified: | 18 Jul 2024 01:04 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15182 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |