Isu-isu khilafiah di Malaysia menurut perspektif Qiyas al-Shabah / Nik Mohd Sofa’urrahman Nik Mohd Rosdi

Nik Mohd Sofa’urrahman , Nik Mohd Rosdi (2023) Isu-isu khilafiah di Malaysia menurut perspektif Qiyas al-Shabah / Nik Mohd Sofa’urrahman Nik Mohd Rosdi. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (200Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (4083Kb)

      Abstract

      Isu-isu khilafiah di Malaysia menjadi suatu polemik yang tidak sihat. Setiap isu yang berbaur unsur kekeliruan, akan dikritik oleh para agamawan yang tidak sealiran. Perselisihan dalam isu-isu khilafiah menjadi suatu nilai negatif apabila ianya dibahaskan secara terbuka dalam kalangan masyarakat. Manakala Qiyas al-Shabah merupakan perbincangan Usul Fiqh dan merupakan metodologi yang digunakan dalam mencari `illah dalam sesuatu nas dan isu. Implementasi Qiyas al-Shabah dalam sesuatu isu, akan melibatkan beberapa proses penceraian sudut pandang daripada sesebuah isu. Kadang-kala qiyas yang digunakan dalam sesuatu isu, terdapat sedikit kelompangan dan ketidaksempurnaan. Teori Qiyas al-Shabah dilihat sebagai instrumen yang sesuai dan tepat untuk diketengahkan dalam menilai kembali isu-isu agama terpilih yang sering menjadi polemik dalam kalangan masyarakat. Justeru itu, kajian ini bertujuan menilai kembali kritikan-kritikan yang dilontarkan oleh sebahagian agamawan berhubung isu yang diperselisihkan. Penyelidikan ini merupakan kajian berbentuk kualitatif kerana ia berkaitan dengan sesuatu teori untuk diimplementasikan terhadap sesuatu isu dan kes. Proses pengumpulan data dilaksanakan berdasarkan kaedah kepustakaan dan kajian kes. Metode yang akan diterapkan dalam analisis ialah metode induktif, metode deduktif, analisis dan metode komparatif. Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa antara faktor yang menyebabkan berlaku perselisihan adalah kerana tidak mengambil qiyas shabah yang tepat di dalam sesuatu isu sehingga mengundang pendapat yang terkeluar daripada konteks sebenar yang perlu dipertikaikan. Selain itu, dikenalpasti titik pertembungan pendapat yang lebih tepat. Tambahan itu, didapati punca sebenar perbalahan yang lebih praktikal seperti isu pengucapan istilah “menyalahi sunnah”.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2023.
      Uncontrolled Keywords: Sunnah; Khilafiah; ‘Illah, Qiyas al-Shabah; Ulama; Usul fiqh
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      K Law > K Law (General)
      Divisions: Academy of Islamic Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 18 Jul 2024 00:50
      Last Modified: 18 Jul 2024 00:50
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15185

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item