Muhammad Ridha , Ali Huddin (2024) Analisis persepsi dan penyebutan bunyi Bahasa Arab oleh kanak-kanak Melayu / Muhammad Ridha Ali Huddin. PhD thesis, Universiti Malaya.
![]() | PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (276Kb) |
![]() | PDF (Thesis PhD) Download (3320Kb) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji ciri fonetik bunyi bahasa Arab orang Melayu seperti yang disebut oleh penutur bahasa Melayu dalam persekitaran natif mereka. Kajian mendalam tentang persepsi dan penghasilan bunyi bahasa Arab seperti yang diperoleh oleh penutur bahasa Melayu dalam konteks B1 mereka adalah terhad. Kajian tentang pemerolehan bahasa Arab di Malaysia yang sememangnya mempunyai tumpuan sedemikian tertumpu kepada aspek selain daripada sebutan; aspek tatabahasa dan kosa kata serta perkembangan sejarah adalah diutamakan. Sebaliknya, fokus kajian ini adalah 'persepsi' dan 'penghasilan' bunyi bahasa Arab seperti yang diujarkan oleh penutur natif Melayu. Justeru, kajian ini menilai sejauh mana keupayaan kanak-kanak Melayu dalam menanggapi (perceive) atau mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa Arab yang diperdengarkan kepada mereka (perception). Kajian ini juga mengkaji ciri dan sifat bunyi-bunyi bahasa Arab yang dihasilkan oleh kanak-kanak Melayu (production). Selain itu, kajian ini menganalisis sejauh mana hubungan antara keupayaan mendiskriminasi dan menghasilkan bunyi-bunyi bahasa Arab dalam kalangan kanak-kanak Melayu serta membangunkan satu model pembelajaran sebutan bunyi bahasa Arab dalam bacaan al-Quran. Kajian ini adalah kajian kualitatif dan kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian fonetik eksperimental dan lapangan. Seramai 30 orang kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun (18 orang lelaki dan 12 orang perempuan) di sekitar Putrajaya dipilih sebagai subjek kajian bagi ujian persepsi dan ujian penghasilan bunyi. Kaedah ujian persepsi bunyi secara pasangan minimal yang mengandungi bunyi sasaran di akhir kata dan ujian penghasilan bunyi bagi 28 bunyi Arab digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Data tersebut dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk deskriptif serta spektrograf. Hasil kajian mendedahkan bahawa tahap keupayaan persepsi dalam kalangan kanak-kanak Melayu terhadap bunyi-bunyi bahasa Arab adalah tinggi secara keseluruhannya di mana 15 daripada 19 bunyi berada dalam peratusan di atas peluang (above chances) iaitu lapan bunyi seperti /t ت/, /ħ ح/, /ر/, /s س/, /ص/, /ɣ غ/, /q ق/, dan /k ك/ berada di tahap sangat baik manakala tujuh bunyi lagi pada tahap sederhana. Namun, terdapat empat bunyi yang berada di bawah peluang (below chances) iaitu bunyi /ð/, /z/, /h/ dan /Ɂ/. Hasil kajian juga mendapati lima ciri dan sifat bunyi-bunyi Arab yang dihasilkan oleh kanak-kanak Melayu adalah pertukaran daerah artikulasi, berlebih-lebihan (exaggeration), ketidaksempurnaan sifat dan penyedutan dan penghembusan udara dan meringankan sebutan. Hasil analisis korelasi pearson pula menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian ujian persepsi dan ujian penghasilan bunyi di mana semua bunyi yang bermasalah dalam ujian persepsi turut menimbulkan masalah kepada kanak-kanak Melayu dalam ujian penghasilan bunyi. Melalui analisis model regresi linear pelbagai, satu model sebutan bunyi bagi tiga bunyi bahasa Arab yang bermasalah dalam persepsi dan penghasilan bunyi dalam kalangan kanak-kanak Melayu dapat dibangunkan.
Item Type: | Thesis (PhD) |
---|---|
Additional Information: | Thesis (PhD) – Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya, 2024. |
Uncontrolled Keywords: | Fonetik bahasa Arab; Bahasa Arab; Artikulasi; Persepsi; Kanak-kanak Melayu |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > PJ Semitic |
Divisions: | Faculty of Languages and Linguistics |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 18 Feb 2025 02:21 |
Last Modified: | 18 Feb 2025 02:21 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15538 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |