Nur Izzatul Najihah , Mohamad (2023) Aplikasi teknik pengimejan digital anak bulan dari perspektif syariah dan astronomi / Nur Izzatul Najihah Mohamad. PhD thesis, Universiti Malaya.
![]() | PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (248Kb) |
![]() | PDF (Thesis PhD) Download (1905Kb) |
Abstract
Penggunaan teknologi kamera digital membolehkan anak bulan dikesan dengan lebih awal selepas Matahari terbenam. Kenampakan anak bulan menggunakan teknik pengimejan adalah diharuskan dengan parameter yang ditetapkan oleh JAKIM melalui Garis Panduan Pensabitan Kenampakan Anak Bulan Menerusi Teknik Pengimejan. Namun begitu, terdapat beberapa perkara dalam garis panduan tersebut yang perlu dilihat semula dari aspek penerimaan dan penolakan kamera digital dan teknik pengimejan digital anak bulan dalam pengisbatan anak bulan. Justeru itu, objektif utama kajian ini adalah untuk memperhalusi teknik pengimejan digital anak bulan berdasarkan garis panduan pensabitan kenampakan anak bulan yang ditetapkan oleh JAKIM. Kajian ini membuat penilaian kualiti imej anak bulan berdasarkan parameter garis panduan JAKIM terhadap kamera digital berasaskan sensor peranti cas terganding (CCD) dan semikonduktor oksida logam pelengkap (CMOS). Seterusnya, kajian ini menilai hasil eksperimental yang dibuat berdasarkan analisis penerimaan dan penolakan Syariah terhadap jenis kamera digital dalam pengisbatan anak bulan. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah komparatif dan deduktif. Hasil kajian mendapati bahawa tidak ada perbezaan nyata pada penilaian kualiti imej kedua-dua jenis sensor. Kajian mendapati bahawa kesan penyejukan sensor, penggunaan cut off inframerah, penindanan imej dan penggunaan corong kontras memberikan kesan positif pada kualiti imej anak bulan. Kajian ini merumuskan bahawa penggunaan kamera digital dimodifikasi dan teknik pengimejan digital boleh diterima dalam pengisbatan anak bulan melalui parameter yang dinilai. Natijah kajian ini, prosedur cerapan anak bulan menggunakan aplikasi teknik pengimejan digital telah dicadangkan berdasarkan penerimaan Syariah dalam mengisbatkan kenampakan anak bulan.
Item Type: | Thesis (PhD) |
---|---|
Additional Information: | Thesis (PhD) – Institute of Advanced Studies, Universiti Malaya, 2023. |
Uncontrolled Keywords: | Teknik pengimejan digital; Anak bulan; Syariah; Astronomi; JAKIM |
Subjects: | Q Science > Q Science (General) Q Science > QB Astronomy |
Divisions: | Institute of Advanced Studies |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 02 Sep 2025 04:20 |
Last Modified: | 02 Sep 2025 04:20 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15719 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |