Analisis riba dan gharar pada perkhidmatan e-wallet: Satu analisis syariah / Muhammad Asyraf Ruslan

Muhammad Asyraf, Ruslan (2024) Analisis riba dan gharar pada perkhidmatan e-wallet: Satu analisis syariah / Muhammad Asyraf Ruslan. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (238Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A)
    Download (2138Kb)

      Abstract

      Aplikasi e-wallet merupakan sebuah aplikasi digital yang berasaskan fintech. Aplikasi ini mendapat sambutan yang menggalakkan apabila ia merevolusikan cara pengguna berbelanja terutamanya ketika wabak pandemik Covid-19 yang lalu. Namun demikian, aplikasi ini yang bersifat maya dan masih baru dalam pasaran dilihat masih lagi kekurangan garis panduan mahupun parameter yang kukuh terutamanya dari sudut pandang syariah. Atas dasar ini, permasalahan ini perlu untuk diselesaikan agar elemen tidak patuh syariah seperti riba dan gharar boleh dielakkan sekali gus boleh dijadikan sebagai garis panduan buat umat Islam khususnya. Bertitik tolak daripada penyataan tadi, timbul pelbagai spekulasi mengenai wujudnya elemen riba dan gharar pada e-wallet seperti pada isu pembelian dan pembayaran emas menggunakan e-wallet, isu penyimpanan dana e-wallet di dalam akaun konvensional oleh pihak penyedia e-wallet, isu status ganjaran yang diberikan oleh pihak penyedia e-wallet kepada pelanggan yang dikatakan berkait rapat dengan isu riba qarḍ jarra naf’an, isu gharar pada pembelian barangan menggunakan e-wallet, isu pengurusan dana dan juga isu elemen tidak jelas pada kontrak e-wallet. Tujuan kajian ini dilakukan ialah untuk menganalisis kemungkinan berlakunya isu riba dan gharar pada aplikasi e-wallet. Kajian ini dijalankan secara kualitatif menggunakan sumber primer daripada temu bual yang dijalankan dengan beberapa orang informan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai syariah daripada beberapa buah bank di Malaysia. Data sekunder daripada dokumen-dokumen rasmi Bank Negara Malaysia juga digunakan bagi mendapatkan maklumat untuk dianalisis bersama dengan data primer. Kemudian data-data ini dianalisis menggunakan metode analisis tematik dan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa kemungkinan untuk isu riba dan gharar berlaku pada e-wallet ialah sangat rendah atau hampir tiada. Namun begitu terdapat beberapa bahagian lain yang masih boleh diperbaiki pada masa akan datang bagi memastikan unsur tidak patuh syariah seperti riba dan gharar boleh dikurangkan atau dielakkan sepenuhnya.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2024.
      Uncontrolled Keywords: E-wallet; Fintech; Riba; Gharar; Qarḍ Jarra Naf’an
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
      Divisions: Academy of Islamic Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 08 Sep 2025 03:09
      Last Modified: 08 Sep 2025 03:09
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15733

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item