Siti Aishah , Borhanuddin (2024) Isu-isu penguatkuasaan kesalahan berkaitan perkahwinan tanpa kebenaran: Kajian di Bahagian Penguatkuasaan Syariah, Jabatan Agama Islam Negeri Johor / Siti Aishah Borhanuddin. Masters thesis, Universiti Malaya.
![]() | PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (247Kb) |
![]() | PDF (Thesis M.A) Restricted to Repository staff only until 31 December 2026. Download (1180Kb) |
Abstract
Perkahwinan yang sah dari sudut syarak ialah memenuhi kewajiban rukun dan syarat perkahwinan. Secara teori, prosedur perkahwinan mengenai pendaftaran perkahwinan serta hukumannya telah digubal menerusi Undang-undang Keluarga Islam. Malangnya, pelbagai isu masih timbul terhadap fenomena berkahwin tanpa kebenaran yang melibatkan masyarakat umum dan pelaku seolah-olah meremehkan perundangan kerana menganggapnya sulit untuk diikuti. Isu dalam menguatkuasakan kesalahan berkaitan perkahwinan tanpa kebenaran dari sudut bidang kuasa dan kredibiliti Pegawai Penguatkuasa Syariah turut timbul berikutan kesalahan ini dikategorikan sebagai kesalahan dalam pentadbiran sahaja. Oleh itu, kajian ini akan menghuraikan konsep kesalahan berkaitan perkahwinan tanpa kebenaran menurut syarak dan Undang-undang Keluarga Islam berdasarkan tiga (3) kategori kesalahan. Seterusnya, garis panduan, prosedur dan statistik kes penguatkuasaan kesalahan berkahwin tanpa kebenaran bagi menilai tahap keberkesanan serta isu dan cabaran yang wujud dalam menguatkuasakan kesalahan turut dikaji. Metode dokumentasi telah dianalisis secara kandungan dan metode temu bual semi struktur dianalisis menerusi metode analisis tematik. Hasil daripada statistik menunjukkan bahawa kecenderungan aduan dan siasatan kesalahan berkaitan perkahwinan tanpa kebenaran yang selesai adalah tinggi berbanding yang tidak selesai. Kajian turut mendapati empat (4) perkara yang menjadi isu dalam menguatkuasakan kesalahan berkaitan perkahwinan tanpa kebenaran berpunca daripada penguatkuasa dan masyarakat sehingga membawa kepada impak negatif penguatkuasaan kesalahan ini.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2024. |
Uncontrolled Keywords: | Perkahwinan tanpa kebenaran; Perkahwinan, Undang-undang Keluarga Islam (UUKI); Penguat kuasa Syariah, Kesalahan matrimoni |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc K Law > K Law (General) |
Divisions: | Academy of Islamic Studies |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 08 Sep 2025 06:31 |
Last Modified: | 08 Sep 2025 06:31 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15739 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |