Alagesan, Ambikapathy (2020) Pembangunan laman sesawang tatabahasa Tamil sekolah menengah / Alagesan Ambikapathy. PhD thesis, Universiti Malaya.
![]() | PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (226Kb) |
![]() | PDF (Thesis PhD) Download (3501Kb) |
Abstract
Isu kurang minat dan pencapaian rendah murid dalam aspek tatabahasa menyebabkan perlunya bahan pengajaran tatabahasa Tamil yang berinovasi. Dengan itu, kajian ini bertujuan membangunkan laman sesawang tatabahasa Tamil bagi meningkatkan minat dan pencapaian murid dalam tatabahasa Tamil. Kaedah reka bentuk dan pembangunan yang dipelopori oleh Richey dan Klein (2014) telah digunakan dalam kajian ini yang melibatkan tiga fasa kajian, iaitu fasa analisis keperluan, reka bentuk dan pembangunan dan penilaian. Data fasa analisis keperluan dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik yang melibatkan 152 murid-murid Tingkatan Empat dan temu bual separa berstruktur dengan empat guru bahasa Tamil. Data soal selidik dianalisis secara diskriptif menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) dan data temu bual dianalisis secara tematik. Data fasa reka bentuk laman sesawang diperoleh melalui teknik Fuzzy Delphi yang melibatkan 18 orang pakar. Nilai ambang ‘d’ dihitung untuk mendapatkan kesepakatan pakar terhadap sembilan elemen yang terdapat dalam soal selidik. Fasa pembangunan laman sesawang melibatkan pembangunan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran laman sesawang menggunakan data teknik Fuzzy Delphi. Data fasa penilaian diperoleh melalui temu bual separa berstruktur yang melibatkan 10 orang murid dan seorang guru bahasa Tamil yang dianalisis secara tematik. Di samping itu, kaedah kuasi eksperimental digunakan untuk menilai keberkesanan laman sesawang melalui ujian pra dan ujian pasca antara kumpulan kawalan dan rawatan. Dapatan kajian fasa pertama menunjukkan murid-murid memiliki kemahiran dan mempunyai kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi di rumah dan sekolah. Murid-murid didapati mempunyai persepsi negarif terhadap tatabahasa dan menghadapi pelbagai masalah dalam pembelajaran tatabahasa. Guru-guru telah menyatakan beberapa kepentingan pembelajaran tatabahasa dan dapatan kajian secara keseluruhannya menyokong pembangunan laman sesawang tatabahasa Tamil. Dapatan fasa kedua peringkat reka bentuk menunjukkan panel pakar mencapai kesepakatan bersama dengan nilai threshold (d) ≤0.2 melebihi 75% dari segi kesesuaian item-item dalam sembilan elemen laman sesawang. Pembangunan rancangan pengajaran dan laman sesawang menunjukkan beberapa penambahbaikan terutamanya dari segi bahan pembelajaran. Hasil dapatan penilaian mendapati murid-murid dan guru berpuas hati dengan reka bentuk dan kandungan laman sesawang serta mendapat pengalaman pembelajaran yang baharu. Kekuatan laman sesawang ini adalah meningkatkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), pembentangan dan motivasi murid. Selain itu, sumber rujukan, bahan pembelajaran dan reka bentuk laman sesawang didapati menarik, sesuai dan mudah diikuti. Ujian-t sampel berpasangan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan kawalan dan rawatan dengan nilai p = .000 iaitu kurang dari .05 (p < 0.05). Ini membuktikan bahawa penggunaan laman sesawang dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa adalah berkesan dan meningkatkan pencapaian pelajar. Kesimpulannya, laman sesawang ini berpotensi untuk diguna pakai oleh guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran tatabahasa Tamil secara efektif.
Item Type: | Thesis (PhD) |
---|---|
Additional Information: | Thesis (PhD) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2020. |
Uncontrolled Keywords: | Laman sesawang tatabahasa Tamil; Teknik Fuzzy Delphi; Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK); Pengajaran; Pembelajaran |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum |
Divisions: | Faculty of Education |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 08 Sep 2025 06:36 |
Last Modified: | 08 Sep 2025 06:36 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15741 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |