Pengurusan dana Unit Amanah Islam Maakl Mutual dan Public Mutual : Suatu perbandingan /Suhailah Jaafar

Suhailah, Jaafar (2015) Pengurusan dana Unit Amanah Islam Maakl Mutual dan Public Mutual : Suatu perbandingan /Suhailah Jaafar. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1142Kb) | Preview

    Abstract

    Pelaburan unit amanah merupakan pelaburan jangka panjang yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Keyakinan masyarakat untuk melibatkan diri dalam industri ini memberikan kesan positif untuk industri ini terus berkembang dan menyumbang kepada peningkatan ekonomi masyarakat dan negara. Dewasa ini, terdapat banyak institusi kewangan menawarkan instrumen berteraskan Islam termasuklah pelaburan unit amanah. Namun begitu, terdapat beberapa perbezaan dari aspek pengurusan dananya serta pengurusan Syariah yang terlibat. Kajian ini bertujuan mengenalpasti jenis-jenis dana unit amanah Islam yang ditawarkan, membandingkan pengurusan dana unit amanah Islam dan mengenapasti pengurusan Syariah yang terlibat dalam menguruskan dana-dana unit amanah Islam di MAAKL Mutual dan Public Mutual. Penulis memilih MAAKL Mutual dan Public Mutual sabagai kajian kes. Kajian kualitatif ini dijalankan dengan mengumpulkan data kajian melalui kaedah kajian perpustakaan, kaedah dokumentasi dan kaedah temu bual. Manakala data dianalisis dengan mengumpulkan maklumat dari data sekunder berkaitan unit amanah Islam dan ketepatan maklumat disokong berdasarkan data primer yang diperolehi daripada temu bual. Temu bual dijalankan ke atas Penaung Penasihat Syariah MAAKL Mutual dan Penasihat Syariah Public Mutual Sdn. Bhd. bertujuan mendapatkan pengesahan maklumat yang diperolehi penulis berkaitan pengurusan dana unit amanah yang dijalankan di institusi berkenaan. Kajian mendapati, kedua-dua institusi yang terlibat menguruskan dana dengan baik berdasarkan kaedah yang telah ditentukan dalam institusi berkenaan serta menetapkan pengurus dana yang khusus bagi mengendalikan dana tersebut. Selain itu, kedua-dua institusi turut mengambil berat dalam aspek pembahagian aset dengan menetapkan sejumlah peratusan yang perlu dilaburkan dalam saham patuh Syariah dan saham-saham lain bagi memastikan kestabilan dana. Pemilihan saham turut diteliti bagi memastikan saham yang terlibat patuh Syariah mengikut penanda aras yang ditetapkan sebelum sesuatu dana dimasukkan.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Disertasi (M.A.)-Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya, 2015.
    Uncontrolled Keywords: Pengurusan dana Unit Amanah Islam Maakl Mutual
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 28 Apr 2015 10:22
    Last Modified: 28 Apr 2015 10:22
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5004

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item