Prospek pemakaian qarinah dan pendapat pakar dalam pembuktian jenayah sihir / Na’imah Suleiman

Na’imah, Suleiman (2014) Prospek pemakaian qarinah dan pendapat pakar dalam pembuktian jenayah sihir / Na’imah Suleiman. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (1881Kb) | Preview

    Abstract

    Perbuatan menyihir merupakan satu perbuatan jenayah yang membawa kesan penganiayaan kepada mangsa dan menjejaskan institusi kekeluargaan bahkan boleh menggugat akidah umat Islam. Secara realitinya, terdapat banyak kes dipercayai berlaku disebabkan oleh pengaruh sihir namun pelaku sihir tidak dapat didakwa kerana kesukaran membuktikan jenayah ini di Mahkamah. Kajian ini membincangkan prospek pemakaian qarinah dan pendapat pakar dalam pembuktian jenayah sihir. Objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti kedudukan jenayah sihir dari perspektif Undang-Undang Jenayah Islam di Malaysia. Kajian ini juga dijalankan untuk menilai elemen-elemen jenayah dalam jenayah sihir serta kebolehterimaan qarinah dan pendapat pakar sebagai keterangan yang relevan dalam pembuktian jenayah sihir. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis prospek pemakaian qarinah dan pendapat pakar dalam jenayah sihir di Mahkamah Syariah melalui peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2005 sedia ada. Kajian dilakukan dengan menggunakan metode penyelidikan kepustakaan dan metode temubual dalam mendapatkan dan mengumpul data kemudian dianalisis melalui metode induktif dan deduktif dalam mendapatkan kesimpulan. Hasil kajian mendapati pembuktian yang melibatkan penggunaan ilmu sihir adalah suatu yang rumit tetapi pemakaian qarinah dan pendapat pakar boleh diaplikasikan dan menjadi keterangan yang relevan untuk membuktikan seseorang terlibat dengan jenayah sihir. Berdasarkan kepada hasil kajian, pengkaji telah menggariskan beberapa isu utama dalam pembuktian jenayah sihir. Antaranya elemen-elemen jenayah dalam jenayah sihir, fakta-fakta yang relevan dan pembuktian fakta-fakta tersebut, tahap pembuktian jenayah sihir serta fungsi qarinah dan pendapat pakar bagi membentuk keterangan yang relevan dalam pembuktian jenayah sihir.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Disertasi (M.A.)-Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014.
    Uncontrolled Keywords: Jenayah sihir
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 01 May 2015 10:22
    Last Modified: 01 May 2015 10:22
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5044

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item