Polisi upah minimum provinsi (UMP) Aceh, Indonesia: Kajian dari perspektif ekonomi Islam / Anis Kurlillah

Anis Kurlillah, Abdullah (2014) Polisi upah minimum provinsi (UMP) Aceh, Indonesia: Kajian dari perspektif ekonomi Islam / Anis Kurlillah. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (3656Kb) | Preview

    Abstract

    Buruh adalah faktor penting dalam proses pengeluaran barang mahupun perkhidmatan. Namun walaupun ianya pada posisi faktor pengeluaran, namun tenaga buruh adalah sumber semulajadi milik manusia. Oleh demikian, buruh tidak boleh dianggap hamba bagi manusia lain ataupun hamba bagi syarikat. Ianya mempunyai hak dan kewajipan yang harus dihormati oleh majikan. Salah satu hak yang harus diperoleh buruh adalah hak untuk mendapatkan upah yang layak, yang boleh memenuhi keperluan hidup diri dan keluarganya. Untuk menjamin keadilan upah antara buruh dan syarikat di Aceh, Indonesia kerajaan Aceh menetapkan Upah Minimum Provinsi (UMP). Penetapan upah minimum ini dikuatkuasakan setahun sekali. Ianya ditetapkan melalui tingkat keperluan asas yang diperoleh melalui survei. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti konsep buruh dan upah dalam ekonomi Islam, untuk menganalisis mekanisme penetapan UMP di Aceh, dan untuk menganalisis apakah UMP di Aceh telah sesuai dengan konsep upah dalam ekonomi Islam. Data yang dikumpulkan dalam kajian ini adalah data kualitatif. Teknik pengumpulan data adalah melalui kajian perpustakaan dan temu bual. Dapatan kajian ini menunjukkan konsep buruh dalam Islam ditempatkan sedarjat dengan majikan. Ianya harus dihormati sebagai saudara sesama muslim sehingga hak dan kewajipannya harus ditunaikan dengan sebaiknya. Mekanisme penetapan UMP dilakukan oleh kerajaan Aceh melalui mesyuarat antara pihak kerajaan, syarikat, perwakilan buruh serta para ahli ekonomi. Secara umumnya, konsep dan pelaksanaan kadar upah minimum yang ditetapkan oleh pemerintah Aceh belum sesuai dengan konsep upah dan keadilan dalam melindungi hak-hak buruh menurut ekonomi Islam.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Disertasi (M.A.)-Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014.
    Uncontrolled Keywords: Ekonomi Islam; Islamic
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    H Social Sciences > HB Economic Theory
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 01 May 2015 10:27
    Last Modified: 01 May 2015 10:27
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5048

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item