Pembayaran zakat perniagaan oleh syarikat syarikat tekstil di Negeri Perak / Muhamad Uzair Gamal Abdul Nasir

Muhamad Uzair, Gamal Abdul Nasir (2015) Pembayaran zakat perniagaan oleh syarikat syarikat tekstil di Negeri Perak / Muhamad Uzair Gamal Abdul Nasir. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (8Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini membicarakan mengenai zakat perniagaan yang dibayar oleh syarikat-syarikat tekstil yang terdapat di Negeri Perak Darul Ridzuan bermula dari tahun 2007 sehingga tahun 2011. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui kaedah pembayaran zakat perniagaan yang diamalkan oleh syarikat-syarikat tekstil di Negeri Perak. Metodologi penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini adalah metod pengumpulan data dan metod analisis data. Metod pengumpulan data terdiri daripada penyelidikan perpustakaan seperti metod dokumentasi. Dan juga penyelidikan lapangan seperti metod temubual. Manakala metod analisis data terdiri daripada metod induktif, deduktif dan komparatif. Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati bahawa terdapat dua kaedah pembayaran zakat perniagaan yang diamalkan oleh para pemilik syarikat-syarikat tekstil tersebut iaitu dibayar secara rasmi kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) atau dibayar secara sendiri kepada asnaf-asnaf berkenaan. Walau bagaimanapun, didapati kebanyakan daripada peniaga-peniaga ini lebih cenderung untuk mengeluarkan zakat perniagaan mereka secara tidak rasmi berbanding dibayar secara rasmi kepada MAIPk dan pengetahuan kebanyakan mereka yang membayar secara sendiri terhadap kewajipan zakat perniagaan berada di tahap memuaskan.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Disertasi (M.A.)-Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2015.
    Uncontrolled Keywords: Zakat; Perak
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    H Social Sciences > HB Economic Theory
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 01 May 2015 10:29
    Last Modified: 01 May 2015 10:29
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5051

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item