Pandangan R.O. Winstedt terhadap undang-undang Islam di Tanah Melayu / Mohd Farhan Abd Rahman

Mohd Farhan, Abd Rahman (2014) Pandangan R.O. Winstedt terhadap undang-undang Islam di Tanah Melayu / Mohd Farhan Abd Rahman. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (188Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (219Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (243Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (341Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (105Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (193Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (50Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (162Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (326Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (6Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (75Kb) | Preview
                        [img]
                        Preview
                        PDF (Full Text)
                        Download (64Kb) | Preview

                          Abstract

                          Kemunculan kuasa penjajah telah meninggalkan impak yang besar kepada Alam Melayu. Golongan ini bukan sahaja datang membawa agenda politik dan ekonomi melalui kegiatan penjajahan, tetapi juga untuk mengubah cara hidup masyarakat, corak pemikiran dan kepercayaan beragama. Bagi mengkaji sudut pandangan sarjana pentadbiran British mengenai undang-undang Islam di Tanah Melayu, pengkaji telah memilih R.O. Winstedt sebagai rujukan khusus dalam menyempurnakan kajian ini. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan metode dokumentasi dan temubual, seterusnya dianalisis dengan menggunakan metode pensejarahan, metode perbandingan dan metode analisis kandungan. Kajian ini bertujuan untuk membandingkan pemikiran Winstedt dengan sarjana orientalis terdahulu serta mengenal pasti pendekatan yang digunakan oleh orientalis dalam kajian mereka terhadap Islam yang selama ini menjadi rujukan sarjana pentadbiran British. Objektif utama adalah untuk menganalisis pandangan Winstedt terhadap undang-undang Islam di Tanah Melayu. Hasil analisis mendapati beliau menggunakan sudut pandangan bersifat skeptikal dalam menilai undang-undang Islam di Tanah Melayu. Perkara ini berdasarkan metode yang diaplikasi oleh orientalis terdahulu bagi menjelaskan kelemahan undang-undang Islam. Winstedt menggambarkan sistem perundangan Islam di Tanah Melayu melalui gambaran yang negatif seperti zalim, ketinggalan zaman dan sebagainya. Beliau gagal dalam memahami masyarakat Melayu disebabkan latar belakang pemikiran yang berkonsepkan Euro-centrism dan mengabaikan peranan Islam di Tanah Melayu. Justeru, segala pandangan yang dilontarkan oleh Winstedt terhadap undang-undang Islam di Tanah Melayu merupakan sudut penilaian yang berat sebelah. Berdasarkan pendekatan orientalis terdahulu, Winstedt berpendapat pihak British bertanggungjawab dalam membina tamadun bangsa lain khususnya yang beragama Islam sekiranya menginginkan kemajuan dalam kehidupan. Sikap ini telah meletakkan mereka sebagai “ambassador of civilization”.

                          Item Type: Thesis (Masters)
                          Additional Information: Disertasi (M.A.)-Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014.
                          Uncontrolled Keywords: Pandangan R.O. Winstedt terhadap undang-undang Islam
                          Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
                          K Law > K Law (General)
                          Divisions: Academy of Islamic Studies
                          Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                          Date Deposited: 01 May 2015 10:55
                          Last Modified: 01 May 2015 10:55
                          URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5056

                          Actions (For repository staff only : Login required)

                          View Item