-, Masrum (2013) Pengurusan harta zakat di Pusat Kajian Zakat dan Wakaf (el-ZAWA) Universiti Islam Negeri Malang, Indonesia / Masrum. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Lembaga atau institusi pengelola zakat memainkan peranan yang sangat penting di dalam mengelola dana-dana zakat yang dipungut dari para muzakki untuk diagihkan semula kepada mustahik. Kecekapan institusi tersebut di dalam mengelola zakat akan menghantarkan kepada tujuan disyariatkannya zakat itu sendiri, iaitu menolong dan mengarahkan para mustahik zakat terutamanya fakir dan miskin untuk keluar dari paras kemiskinannya,dan diharapkan pada tahap selanjutnya akan menjadikannya sebagai muzakki. Untuk tujuan tersebut, Pusat Kajian Zakat dan Wakaf (eL-Zawa) Universiti Islam Negeri Malang telah merancang dan melaksanakan pola-pola agihan melalui usaha-usaha produktif terhadap para peniaga kecil yang kekurangan dana untuk pengembangan usahanya dari sebahagian dana zakatnya. Objektif kajian ini ialah hendak mengenal pasti sistem pungutan dan agihan zakat yang telah dilaksanakan oleh eL-Zawa serta beberapa permasalahan yang dihadapi dalam pengurusan zakatnya, selanjutnya akan disertakan beberapa cadangan yang boleh digunakan dalam penyelesaiannya. Tujuan kajian ini ialah disamping boleh memberikan input yang positif kepada eL-Zawa, diharapkan mampu memberikan sumbangan pemikiran dalam kajian zakat dalam dunia akademik. Melalui pendekatan deskriptif-kualitatif, penulis mendapatkan data-data primer dan sekunder melalui metode temu bual, studi kepustakaan ataupun mengumpulkan datadata di lapangan, sama ada telah dicetak ataupun belum. Kemudian, data-data yang telah diperolehi tersebut dianalisis dengan menggunakan metode induktif dan deduktif.. Dari hasil kajian diperolehi beberapa kesimpulan: pertama, pungutan zakat di eL-zawa dilakukan dengan cara muzakki datang terus ke pejabat eL-Zawa, potongan gaji, sistem pungutan door to door oleh petugas zakat, dan pembayaran melalui akaun zakat eLZawa. Kedua, agihan zakat di eL-Zawa dibahagikan kepada dua iaitu konsumtif dan produktif, masing-masing sebanyak 30 % untuk zakat konsumtif manakala 70 % untuk zakat produktif. Ketiga, ketiadaan pejabat sendiri, undang-undang pengendalian zakat yang masih lemah, pungutan harta zakat yang masih terhad kepada harta zakat peribadi atau perseorangan, keperluan sarana dan prasarana yang terhad serta sumber manusia yang terhad merupakan kendala dan cabaran yang masih dihadapi oleh eL-Zawa.
Actions (For repository staff only : Login required)