., Rofiih (2011) Kajian pelaksanaan al-qard al-hasan di Baitul Mal Wat Tamwil al-Khairat Pamekasan Madura Indonesia / Rofiih. Masters thesis, University of Malaya.
| PDF (Full Text) Download (4Mb) | Preview |
Abstract
Keadaan ekonomi Islam di Indonesia semakin mendapat perhatian di kalangan masyarakat. Hal ini dibuktikan semakin banyak ditubuhkan institusi kewangan yang berasaskan syariah, sama ada institusi kewangan berbentuk bank ataupun bukan bank, seperti Baitul Mal Wattamwil (BMT). Apatah lagi majority masyarakat Indonesia adalah beragama Islam, sehingga tidak dapat dinafikan lagi kesempatan pasar kewangan syariah sangatlah luas. Dari segi hukum, BMT sebagai institusi kewangan mikro Islam berasaskan pada undang-undang republic Indonesia no. 10 tahun 1998 dan no. 23 tahun 1999 yang membolehkan bank konvensional menggunakan sistem dua fungsi, konvensioanal dan syariah, maka BMT al-Khairat mengambil kesempatan untuk menjalankan pelaksanaan al-Qard al-Hasan. Kajian ini bertujuan untuk meneliti pelaksanaan al-Qard al-Hasan di BMT al-Khairat Pamekasan Indonesia ditinjau perspektif syariah. Kajian ini dimulakan dengan menjelaskan pengertian al-Qard al-Hasan, konsep dan fungsi al-Qard al-Hasan. Seterusnya, penulis menghuraikan pelaksanaan al-Qard al-Hasan, prinsip syariah yang digunapakai, dan aplikasinya dalam al-Qard al-Hasan di BMT al-Khairat Pamekasan Indonesia. Dalam penyelidikan ini, penyelidik menggunakan kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian perpustakaan dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang berasal dari buku-buku, risalah-risalah, kertas-kertas kerja, jurnal-jurnal, akhbar dan data-data yang berkaitan dengan rujukan dan tajuk kajian, manakala kajian lapangan iaitu dengan melakukan kunjungan, temubual, mengamati dan meninjau institusi yang dijadikan tempat kajian. Dalam proses analisis data, penulis menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif. Kajian ini mendapati bahawa al-Qard al-Hasan dilaksanakan sesuai dengan prinsipprinsip syariah. Dengan menggunakan dua jenis Pinjaman yang menjadi asas pelaksanaannya yang terdiri dari : Pinjaman produktif (pinjaman untuk modal usaha), Pinjaman Konsumtif (pinjman untuk keperluan asas keluarga), mampu bersaing dengan institusi kewangan syariah lainnya Walaupun dalam pelaksanaannya masih terdapat beberapa permasalahan yang ada, namun permasalahan ini tidak memberikan kesan yang nampak terhadap pelaksanaan al-Qard al-Hasan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011 |
Uncontrolled Keywords: | Loans (Islamic law)--Indonesia |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences > HG Finance |
Divisions: | Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Economics |
Depositing User: | Mrs Nur Aqilah Paing |
Date Deposited: | 09 Jun 2015 15:43 |
Last Modified: | 09 Jun 2015 15:43 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5102 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |