Pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang produk halal di Malaysia : kajian terhadap penyalahgunaan logo halal / Zulzaidi bin Mahmod

Mahmod, Zulzaidi (2011) Pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang produk halal di Malaysia : kajian terhadap penyalahgunaan logo halal / Zulzaidi bin Mahmod. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (11Mb) | Preview

    Abstract

    Isu pemantauan dan penguatkuasaan produk halal di Malaysia termasuklah berkenaan dengan penyalahgunaan, penyelewengan dan pemalsuan logo halal menarik perhatian masyarakat Malaysia. Isu perundangan halal dan bidang kuasa penguatkuasaan turut timbul setelah diuar-uarkan tentang agensi berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang hanya mempunyai kuasa terhad dalam pemantauan pensijilan halal sedangkan agensi itulah yang diberi kuasa untuk mengeluarkan pensijilan halal. Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi menghuraikan keberkesanan pemantauan dan penguatkuasaan yang dilakukan oleh JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Usaha itu dilakukan dengan cara meneliti undangundang dan peraturan berkaitan pengurusan penguatkuasaan serta pengawasan produk halal di Malaysia. Seterusnya, kajian turut menganalisis pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang produk halal ke atas penyalahgunaan logo halal. Metodologi kajian ini adalah metode kepustakaan, dokumentasi, statistik pemantauan, temu bual dan pemerhatian. Hasil kajian dalam aspek penguatkuasaan pemalsuan logo halal menunjukkan terdapat isu yang wujud iaitu isu undang-undang, kepegawaian dan pendakwaan. Isu undang-undang menunjukkan kuasa penguatkuasaan adalah kuasa KPDNKK dan JAIN. Sebaliknya JAKIM tidak mempunyai kuasa khusus dalam aspek undang-undang kecuali sekiranya pihak KPDNKK mewartakan pegawai penguatkuasa JAKIM sebagai penolong pengawal Perihal Dagangan. Dapatan kajian juga mendapati permasalahan utama yang wujud sehingga tahun 2010 ialah, masalah kesalahan berkaitan yang tidak pernah didakwa di Mahkamah Sivil. Kesalahan itu merangkumi penyalahgunaan dan pemalsuan logo halal. Sebaliknya, penyelesaian yang digunakan oleh pihak KPDNKK ke atas pesalah itu hanyalah hukuman berbentuk kompaun sahaja. Kajian ini menyimpulkan, ketegasan dalam memberi pembalasan (retribution), pencegahan (deterrence) dan pemulihan pesalah adalah tidak tercapai. Justeru, penyelarasan kuasa berdasarkan undang-undang termasuklah dari aspek pensijilan dan penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara tersusun dan serius melalui memperkasakan JAKIM dan JAIN sebagai badan berautoriti dalam pensijilan halal. Begitu juga dengan pendakwaan kes ke mahkamah, ia perlu dilakukan bagi memanifestasikan ketegasan dan kemampuan pihak KPDNKK, JAKIM dan JAIN mendepani isu halal di Malaysia.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011
    Uncontrolled Keywords: Muslims--Dietary laws; Food--Religious aspects--Islam; Halal food--Malaysia; Halal food industry--Malaysia; Food industry and trade--Malaysia
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    K Law > K Law (General)
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Law
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 09 Jun 2015 15:55
    Last Modified: 09 Jun 2015 15:55
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5104

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item