Permohonan anggapan mati dari aspek kekeluargaan Islam : kajian di Mahkamah Syariah di Malaysia / Halimatun Sa'adiah binti Mohd Mahdee

Mohd Mahdee, Halimatun Sa'adiah (2012) Permohonan anggapan mati dari aspek kekeluargaan Islam : kajian di Mahkamah Syariah di Malaysia / Halimatun Sa'adiah binti Mohd Mahdee. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (204Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (939Kb) | Preview

      Abstract

      Sekitar tahun 2006, isu undang-undang keluarga Islam telah hangat dibincangkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada ketika itu. Dalam perkara ini didapati timbul isu dari beberapa badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mencadangkan permohonan anggapan mati ini dilaksanakan berdasarkan permohonan yang dibuat oleh pihak-pihak sekiranya pihak Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan suatu pengesahan anggapan mati. Justeru itu, kajian ini akan melihat isu-isu berbangkit daripada permohonan anggapan mati yang dibuat di Mahkamah Syariah disamping perlaksanaannya di Mahkamah Tinggi Sivil. Penelitian terhadap peruntukan yang diguna pakai oleh kedua-dua institusi kehakiman ini menguatkan lagi kecenderungan isu bidang kuasa Mahkamah dalam mengendalikan kes berkaitan dengan anggapan mati. Setelah diteliti, permohonan anggapan mati yang dibuat di Mahkamah Syariah adalah melibatkan isu kekeluargaan. Isu tersebut dapat dibahagikan kepada tiga perkara iaitu aspek pembubaran perkahwinan, perwalian dan juga perwarisan. Namun begitu, suatu anggapan mati yang melibatkan orang Islam turut dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil bagi urusan mendapatkan surat kuasa mentadbir dan juga permohonan di Unit Pusaka Kecil. Walaubagaimanapun, perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil tidak boleh digunakan di Mahkamah Syariah bagi perkara pembubaran perkahwinan begitu juga dengan perintah anggapan mati yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah tidak boleh digunakan di Mahkamah Sivil bagi tujuan mendapatkan surat kuasa mentadbir harta dan melibatkan permohonan di Unit Pusaka Kecil. Justeru itu terdapat sekatan di antara perintah anggapan mati yang dikeluarkan oleh Mahkamah antara satu sama lain. Ini menunjukkan bahawa perkara berkaitan anggapan mati dalam aspek perwarisan bukan secara eksklusif terletak di bawah Mahkamah Syariah bahkan Mahkamah Sivil sebenarnya turut berbidang kuasa. Jika diteliti bidang kuasa anggapan mati dari aspek kekeluargaan Islam, Mahkamah Syariah adalah institusi kehakiman yang lebih berkompeten mengendalikan kes berkaitan dengan anggapan mati berdasarkan peruntukan undangundang yang diguna pakai bagi Mahkamah Syariah negeri-negeri di Malaysia. Di samping itu juga, dalam mencari penyelesaian isu yang dikenal pasti, kajian ini akan melalui metod pengumpulan data melalui kajian perpustakaan, kajian lapangan, kaedah temubual dan juga kaedah pemerhatian seterusnya kajian ini akan melalui proses analisis kandungan terhadap dokumen rasmi berkaitan dengan permohonan anggapan mati.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012
      Uncontrolled Keywords: Absence and presumption of death (Islamic law)
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      K Law > K Law (General)
      Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Law
      Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
      Date Deposited: 10 Jun 2015 10:43
      Last Modified: 10 Jun 2015 10:43
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5137

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item