Iksan, Mohd Ali (2010) Pengaruh budaya hedonisme di kalangan pelajar-pelajar Islam : kajian di SMK Tengku Idris Shah, Kapar, Klang / Mohd Ali bin Iksan. Masters thesis, University of Malaya.
| PDF (Full Text) Download (1408Kb) | Preview |
Abstract
Fenomena pengaruh budaya luar di negara ini amat membimbangkan khususnya di kalangan remaja yang melibatkan pelajar-pelajar Islam. Ini berikutan peningkatan kadar jenayah dan maksiat yang dilakukan oleh pelajar sekolah semakin meningkat tahun demi tahun. Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh budaya hedonisme di kalangan pelajar, apakah bentuk-bentuk budaya yang dilakukan dan langkah-langkah bagi mengurangi masalah tersebut di kalangan pelajar. Seramai 211 orang pelajar telah dipilih sebagai responden kajian ini. Pemilihan ini dilakukan secara rawak yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu, dua dan empat. Penulis menggunakan metod soal selidik, metod analisis, temu bual dan dokumentasi bagi mengumpulkan data. Hasil dari kajian mendapati bentuk-bentuk budaya hedonisme yang dilakukan oleh pelajar adalah disebabkan rasa ingin mencuba untuk mendapatkan kepuasan dan seronok serta leka atas perbuatannya itu seperti suka pada hiburan, melepak, merokok, bermain permainan video dan melakukan salah laku seksual. Antara saranan yang dikemukakan untuk mengatasi pengaruh hedonisme yang berlaku ialah semua pihak pelajar sendiri, ibu bapa, sekolah. masyarakat dan kerajaan supaya memperbanyak dan mempelbagaikan program-program kerohanian yang bertunjangkan agama Islam.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M. Usuluddin) -- Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010 |
Uncontrolled Keywords: | Teenagers--Social life and customs; Social problems; Pleasure--Religious aspects--Islam |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc L Education > L Education (General) |
Divisions: | Academy of Islamic Studies > Dept of Islamic History & Civilization |
Depositing User: | Mrs Nur Aqilah Paing |
Date Deposited: | 15 Jun 2015 18:07 |
Last Modified: | 15 Jun 2015 18:07 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5175 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |