Kaedah pengajaran Tilawah Al-Quran di Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia / Zulkhairi bin M. Pabelah @ M. Fadzlillah

Zulkhairi, M. Pabelah @ M. Fadzlillah (2009) Kaedah pengajaran Tilawah Al-Quran di Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia / Zulkhairi bin M. Pabelah @ M. Fadzlillah. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (598Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (5Mb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini menyentuh tentang Kaedah Pengajaran Tilawah al-Quran di Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kajian dikhususkan kepada beberapa aspek iaitu aspek perlaksanaan kursus, kaedah pengajaran, masalah-masalah yang dihadapi oleh tenaga pengajar dan penerimaan pelajar dalam mengikuti kursus ini. Kajian ini juga memperlihatkan bagaimana sebuah institusi pengajian tinggi telah berjaya memartabatkan pengajian Tilawah al-Quran dengan menjadikannya sebagai mata pelajaran wajib bagi setiap pelajar Islam yang menuntut di universiti ini. Kejayaan kursus ini merupakan hasil daripada kombinasi metodologi pengajaran moden yang sistematik serta pengekalan kaedah pengajaran Tilawah al-Quran secara tradisional semenjak zaman Rasulullah s.a.w. iaitu kaedah talaqqi> dan musya>fah}ah. Kajian ini juga memperkenalkan kaedah atau cara bacaan yang disandarkan kepada bacaan Imam Hafs} `an `A<s}im min toriq al-Syatibiyyah kepada pelajar-pelajar universiti ini. Kaedah tinjauan semasa dan sampelnya terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus tilawah al-Quran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Secara kesimpulannya ada empat kaedah pengajaran yang utama dalam pengajaran Tilawah al-Quran di universiti ini iaitu kaedah talaqqi> dan musya>fah}ah, kaedah hafazan, kaedah penggunaan teks dan kaedah bimbingan dari pihak pensyarah disamping kaedah-kaedah yang lain berpandukan kepada tahap tahap yang ditawarkan yang membolehkan para pelajar di universiti ini dapat mengikutinya dengan baik dan ianya juga dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang serta berkualiti dalam bidang akademik disamping berpengetahuan dan mempunyai kemahiran dalam Tilawah al-Quran.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010.
      Uncontrolled Keywords: International Islamic University Malaysia--Centre for Languages and Pre-Academic Development; al-Qur'an--Recitation--Study and teaching (Higher)--Malaysia; al-Qur'an--Recitation--Study and teaching (Graduate)--Malaysia
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      L Education > L Education (General)
      Divisions: Academy of Islamic Studies
      Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
      Date Deposited: 14 May 2015 09:32
      Last Modified: 14 May 2015 09:32
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5178

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item