Wilayatul Hisbah dalam sistem penguatkuasaan Qanun Jenayah Syariah di Aceh, Indonesia : analisis terhadap struktur organisasi, bidangkuasa dan cabaran / Samsul Bahri bin Zakaria

Zakaria, Samsul Bahri (2014) Wilayatul Hisbah dalam sistem penguatkuasaan Qanun Jenayah Syariah di Aceh, Indonesia : analisis terhadap struktur organisasi, bidangkuasa dan cabaran / Samsul Bahri bin Zakaria. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (3973Kb) | Preview

    Abstract

    Disertasi ini bertitik-tolak dari hakikat bahawa Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang mengkanunkan dan melaksanakan Undang-undang Jenayah Syariah serta mempunyai badan penguatkuasa agama. Badan ini dikenali dengan Wilayatul Hisbah. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengetahui kedudukan struktur Wilayatul Hisbah dalam kerangka penguatkuasaan undang-undang di Aceh, bidangkuasa, serta cabaran-cabaran yang dihadapi. Penyelidikan ini berbentuk kualitatif, kaedah pengumpulan data menggunakan kajian kepustakaan dan lapangan serta memfokuskan kepada temubual dan observasi. Hasil daripada penyelidikan telah mendapati bahawa Wilayatul Hisbah Aceh merupakan satu-satunya institusi yang mengamalkan penguatkuasaan Qanun Jenayah Syariah di Indonesia. Ia ditubuhkan dengan Keputusan Gabenor pada tahun 2004 di bawah Dinas Syariat Islam. Kedudukan Wilayatul Hisbah kemudiannya beralih ke dalam Institusi Satuan Polisi Pamong Praja dengan gelaran Satpol PP dan WH. Peralihan tersebut berdasarkan peruntukan Undang-Undang Pemerintah Aceh pada tahun 2006. Penyatuan kedua-dua institusi ini membawa kepada permasalahan dalam penguatkuasan Qanun Jenayah Syariah disebabkan oleh wujudnya perbezaan latar belakang. Satpol PP menjalankan ketertiban umum daerah sedangkan Wilayatul Hisbah menjalankan qanun syariat, walaupun hakikatnya undang-undang tersebut dapat memperkuatkan kedudukan Wilayatul Hisbah itu sendiri. Seterusnya, cabaran yang dihadapi iaitu limitasi undang-undang sama ada secara substantif mahupun prosedur, cabaran pentadbiran meliputi pengambilan dan pembekalan sumber daya manusia, ketiadaan sokongan dan peralatan, kekurangan kakitangan dan kewangan, banduan yang kerap melarikan diri dari hukuman dan kurangnya kesedaran sosial masyarakat dalam melaksanakan syariah. Lantaran itu, penyelidik mencadangkan kepada Pemerintah Aceh untuk menyelesaikan masalah tersebut melalui Lembaga Legislatif dan Eksekutif dengan mengiktiraf Qanun Jenayah dan Acara Jenayah secepat mungkin sebagaimana yang telah dirancang sejak tahun 2009. Oleh itu, institusi Wilayatul Hisbah perlu diperkasakan bagi membolehkan pelaksanaan tugasnya. Usaha tersebut juga mestilah disokong oleh Lembaga Adat dan masyarakat dengan mewujudkan sumbangan padu dan mengawal pelaksanaannya serta membentuk masyarakat sedar syariat.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: M.Syariah -- Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
    Uncontrolled Keywords: Criminal law (Islamic law)--Indonesia--Nanggroe Aceh Darussalam; Criminal procedure--Indonesia--Nanggroe Aceh Darussalam
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    K Law > K Law (General)
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Law
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 16 Jun 2015 09:49
    Last Modified: 16 Jun 2015 09:49
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5189

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item