Konsep Al-Jaza’ terhadap kaum yang ingkar dalam surah Ali-‘Imran / Salmah binti Ismail

Salmah, Ismail (2012) Konsep Al-Jaza’ terhadap kaum yang ingkar dalam surah Ali-‘Imran / Salmah binti Ismail. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (9Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (69Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF (Full Text)
      Download (564Kb) | Preview

        Abstract

        Al-Qur’an merupakan sebuah kitab yang lengkap merangkumi segala aspek kehidupan manusia. Untuk menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat, maka umat Islam hendaklah memahami, mengkaji dan mengamalkan isi kandungan al-Qur‘an. Kalimah al-Jaza’ yang disebut dalam pelbagai sighah di dalam al-Qur’an mempunyai maksud tersendiri. Jaza’ Allah tidak hanya menimpa golongan yang ingkar sahaja, malah ia turut berlaku kepada orang beriman. Allah SWT mendedahkan pengertian golongan yang ingkar di dalam al-Qur’an sebagai golongan kafir dan ahli kitab. Walau bagaimanapun tidak semua golongan ahli kitab tergolong dalam kategori ini kerana sebahagian dari mereka beriman dan berpegang teguh dengan ajaran Islam. Allah SWT memaparkan ciri-ciri golongan yang ingkar seperti berdusta, mengkhianati perjanjian, membunuh para nabi, menyembunyikan kandungan asal kitab suci, melakukan kemungkaran dan kekejian serta gemar menganggu ketenteraman umat Islam. Justeru, umat Islam perlulah mempunyai pendirian yang jelas dan tegas serta sentiasa berhatihati terhadap sebarang kemungkinan yang akan berlaku akibat daripada tindakan musuh-musuh Islam. Islam melarang umatnya daripada meniru gaya hidup golongan ini kerana mereka hidup dalam kerugian serta akan menerima azab yang pedih daripada Allah SWT di akhirat nanti. Kajian ini memberi penjelasan bahawa jaza’ Allah mempunyai kaitan dengan perilaku kaum yang ingkar kerana hukum alam berlaku mengikut sunnatullah.

        Item Type: Thesis (Masters)
        Additional Information: Disertasi (M.A.) – Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012.
        Uncontrolled Keywords: Surah Ali-‘Imran; Konsep Al-Jaza’
        Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
        H Social Sciences > H Social Sciences (General)
        Divisions: Academy of Islamic Studies
        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
        Date Deposited: 24 Sep 2015 13:24
        Last Modified: 24 Sep 2015 13:24
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5202

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item