Usaha dakwah Muhammad Arsyad Thalib Lubis terhadap golongan bukan Islam suku Batak di Medan, Sumatera Utara, Indonesia / Sopian Ilyas

Ilyas, Sopian (2015) Usaha dakwah Muhammad Arsyad Thalib Lubis terhadap golongan bukan Islam suku Batak di Medan, Sumatera Utara, Indonesia / Sopian Ilyas. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (3544Kb) | Preview

    Abstract

    Salah seorang yang berjasa dalam menyebarluaskan dakwah Islam di Tanah Batak, khususnya Toba dan Karo, Provinsi Sumatera Utara Medan Indonesia ialah Syeikh Muhammad Arsyad Thalib Lubis (1908-1972 M). Dakwah beliau terhadap non Muslim suku Batak banyak beliau tumpukan melalui dialog antara agama secara produktif, yang mana tumpuan khusus beliau dalam menangkal gerakan Kristianisasi di Indonesia terutama di Tanah Batak dan Karo, kerana keadaan sosial kemasyarakatan pada zaman beliau ditandai dengan berkembangnya ajaran Kristian di Indonesia dengan pesat khususnya di wilayah Medan Sumatera Utara. Pemerhatian beliau ini, beliau terapkan dalam usaha dakwah yang beliau lakukan dalam menyebarluaskan agama Islam di Medan Sumatera Utara. Terdapat tiga usaha besar yang beliau tonjolkan, antaranya: Pertama, mengadakan dialog dengan pembesar-pembesar Kristian pada masa itu, yang disaksikan oleh khalayak ramai. Kedua, mengarang buku karya ilmiah yang monumental tentang agama Kristian, seperti Perbandingan Kristen dan Islam, Rahasia Bibel dan Keesaan Tuhan menurut Kristen dan Islam. Ketiga, menubuhkan Zending Islam untuk menyaingi Zending Kristian dan misi Kristianisasi. Karya-karya Syeikh Muhammad Arsyad Thalib Lubis serta jasa-jasa beliau dalam menyebarluaskan Islam hingga sekarang ini masih dikenang di kalangan masyarakat Sumatera Utara khususnya suku Batak, yang mana Syeikh Muhammad Arsyad Thalib Lubis berjaya menarik puluhan ribu orang untuk memeluk agama Islam. Jasa beliau ini menjadi sebab tersebarnya agama Islam di kalangan suku Batak yang majoriti penduduknya beragama Kristian

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) -– Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2015
    Uncontrolled Keywords: Dakwah; Muhammad Arsyad Thalib Lubis; Golongan bukan Islam; Suku Batak; Medan; Sumatera Utara; Indonesia
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Dakwah & Human Development
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 29 Jul 2015 12:15
    Last Modified: 29 Jul 2015 12:15
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5223

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item