Ulfa, Fadillah (2012) Beberapa isu pilihan berkaitan qada' dan qadar menurut Ibn Qayyim al-Jawziyyah : kajian kitab Shifa' al-'alil / Fadillah Ulfa. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Kajian ini bertajuk “Beberapa Isu Pilihan Berkaitan Qada’ dan Qadar Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyyah: Kajian Kitab Shifa' al-'alil.” Satu kajian yang menganalisis salah satu karya Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam bidang Akidah, iaitu kitab beliau yang bertajuk ShifÉ’ al-‘AlÊl fÊ MasÉ’il al-QaÌÉ’ wa al-Qadar. Secara keseluruhan, kajian ini berkonsepkan perpustakaan (library research) yang berteraskan dua kaedah pengkajian; pengumpulan data dan analisis data. Bagi menganalisis data, dua sub aplikasi digunakan iaitu induktif dan deduktif. Kajian ini mengandungi 5 bab iaitu: bab pertama, pendahuluan; bab kedua huraian riwayat hidup Ibn Qayyim al-Jawziyyah (691H-751H) dan pengenalan kitab ShifÉ’ al-‘AlÊl; bab ketiga analisis pandangan Ibn al-Qayyim tentang persoalan iÍtijÉj manusia terhadap takdir Allah dan penentuan takdir bahagia dan sengsara sebelum penciptaan mereka; bab keempat, analisis pandangan Ibn al-Qayyim tentang persoalan al-HudÉ (petunjuk) dan al-ÖalÉl (kesesatan) yang berlaku pada manusia, dan bab kelima penutup. Daripada kajian tersebut, didapati bahawa dalam beberapa persoalan yang berkaitan dengan takdir, Ibn al-Qayyim memiliki pandangan yang umumnya selaras dengan Akidah Ahl al-Sunnah wa al-JamÉ’ah yang menentang fahaman Qadariyah, Mu‘tazilah dan Jabariyah.
Actions (For repository staff only : Login required)