Pendekatan hermeneutik : kajian terhadap pemikiran Muhammad Syahrur dalam buku al-Kitab wa al-Qur'an Qira'ah Muasirah / Ahmad Zaki Mubarok

Mubarok, Ahmad Zaki (2010) Pendekatan hermeneutik : kajian terhadap pemikiran Muhammad Syahrur dalam buku al-Kitab wa al-Qur'an Qira'ah Muasirah / Ahmad Zaki Mubarok. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (7Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (349Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (362Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (413Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (641Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (940Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (800Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF (Full Text)
                Download (4Mb) | Preview

                  Abstract

                  Hermeneutik adalah kata yang diambil dari istilah Yunani Hermeneuein berasal dari bahasa Greek Hermeneutikos yang mengandungi tiga dasar makna; mengungkapkan, menjelaskan dan menterjemahkan. Apabila ia mula di gunakan terhadap kajian al-Quran pada abad ke 19 M. oleh para sarjana Muslim, hal tersebut masih banyak mendatangkan polemik. Kajian ini bertujuan mendedahkan pendekatan hermeneutik dari pemikiran tokoh di timur tengah, iaitu Muhammad Syahrur dalam buku beliau al-Kitab wa al-Qur’an Qira’ah Mu‘asirah serta menjelaskan kedudukan hermeneutik sebagai salah satu teori tafsir. Kajian ini mengandungi empat bab, pada bab pertama menjelaskan mengenai pengenalan, bab kedua menjelaskan mengenai hermeneutik dan kedudukannya sebagai teori tafsir, bab ketiga menerangkan biografi Muhammad Syahrur dan pengenalan terhadap karya-karya beliau, bab keempat analisis terhadap pemikiran Muhammad Syahrur dalam buku al-Kitab wa al-Qur’an Qira’ah Mu‘asirah dan bab kelima kesimpulan dan saran cadangan. Data kajian ini diperoleh daripada sumber perpustakaan, iaitu rujukan-rujukan yang berhubung kait dengan teori hermeneutik dan pemikiran Muhammad Syahrur dalam buku tersebut. Selain daripada itu, data kajian juga diperoleh melalui temu bual yang dilakukan dengan beliau. Hasil daripada kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pemikiran Muhammad Syahrur dalam buku tersebut selaras dengan pendekatan hermeneutik yang berkaitan dengan linguistik. Daripada kajian dan pendedahan linguistik yang dijelaskan oleh beliau, jelas menunjukkan bahawa beliau menafikan sinonim dalam bahasa al-Quran. Beliau memulakan pemikirannya yang mengaplikasikan pemahaman kontemporari terhadap ayat-ayat al-Quran dan membawakan kesan terhadap hukum-hukum syariah yang sudah mapan.

                  Item Type: Thesis (Masters)
                  Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
                  Uncontrolled Keywords: Shahrur, Muhammad--Kitab wa-al-Qur'an; al-Qur'an--Hermeneutics
                  Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                  Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
                  Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                  Date Deposited: 13 Jun 2015 15:25
                  Last Modified: 13 Jun 2015 15:25
                  URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5300

                  Actions (For repository staff only : Login required)

                  View Item