Program sijil tahfiz Al-Qur'an Darul Quran JAKIM-Universiti Islam Antarabangsa Malaysia : analisis terhadap pencapaian hafazan dan permasalahannya / Shahrulkarnain bin Mohamad Nazir

Mohamad Nazir, Shahrulkarnain (2013) Program sijil tahfiz Al-Qur'an Darul Quran JAKIM-Universiti Islam Antarabangsa Malaysia : analisis terhadap pencapaian hafazan dan permasalahannya / Shahrulkarnain bin Mohamad Nazir. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (177Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (343Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (20Kb) | Preview

        Abstract

        Kajian ini dijalankan terhadap 60 orang responden yang terdiri daripada 30 orang responden lelaki dan 30 orang responden perempuan. Mereka merupakan pelajar semester akhir program Sijil Tahfiz al-Quran Darul Quran- UIAM dan juga telah menamatkan hafalan al-Quran 30 juzu’. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji pencapaian hafalan al-Quran bagi pelajar yang mengikuti program ini. Kajian ini juga dilaksanakan berdasarkan pembolehubah bersandar iaitu ujian hafalan al-Quran secara lisan (syafawi) dan juga pembolehubah tidak bersandar atau bebas iaitu jantina dan sosioekonomi. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik, ujian, tinjauan dan pemerhatian. Kesemua data tersebut dianalis melalui Program Sistem Statistik Pukal Sains Sosial (Statistical Package For Social Science/ SPSS) versi 18.1. Pengkaji menganalisis data dalam dua bentuk iaitu deskriptif dan inferensi. Bagi maklumat responden dan soal selidik pengkaji menggunakan analisa deskriptif, manakala bagi melihat perbezaan jantina dan sosioekonomi melalui ujian hafalan yang telah dilakukan, pengkaji menganalisa dalam bentuk inferensi termasuk ujian-t dan korelasi. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat kelemahan yang sangat ketara dalam aspek hafalan al-Quran bagi pelajar-pelajar Program Sijil Tahfiz al-Quran Darul Quran JAKIM – UIAM. Manakala, pencapaian hafalan yang diukur berdasarkan jantina mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan pembolehubah tersebut. Namun daripada aspek sosioekonomi, pelajar yang datang daripada sosioekonomi yang tinggi dilihat lebih menguasai hafalan al-Quran berbanding golongan lain. Namun perbezaan ini tidaklah terlalu besar dan menggambarkan golongan sederhana dan susah juga boleh menguasai hafalan al-Quran dengan baik.

        Item Type: Thesis (Masters)
        Additional Information: M.Usuluddin -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
        Uncontrolled Keywords: Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia; Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; al-Qur'an--Memorizing
        Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
        L Education > L Education (General)
        Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
        Date Deposited: 20 Jun 2015 12:13
        Last Modified: 20 Jun 2015 12:13
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5321

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item