Al-qira’at al-mutawatirah dan kesannya terhadap pentafsiran Al-Qur’an : kajian terhadap kitab Marah Labid li Kashf Ma’na Al-Qur’an al-Majid karangan Nawawi al-Bantani tumpuan terhadap Surah al-Baqarah / Sukhairu bin Sulaiman

Sulaiman, Sukhairu (2013) Al-qira’at al-mutawatirah dan kesannya terhadap pentafsiran Al-Qur’an : kajian terhadap kitab Marah Labid li Kashf Ma’na Al-Qur’an al-Majid karangan Nawawi al-Bantani tumpuan terhadap Surah al-Baqarah / Sukhairu bin Sulaiman. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (938Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (1519Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (295Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (708Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (713Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (3581Kb) | Preview

              Abstract

              Pemahaman ayat al-Quran diperolehi melalui kaedah pentafsiran ayat tersebut. Kaedah pentafsiran ayat al-Quran turut melibatkan perbahasan mengenai Ilmu Qira’at yang terdapat di dalamnya. Kehadiran Wujuh al-Qira’at di dalam ayat tertentu akan memberi kesan terhadap pentafsiran ayat tersebut dan seterusnya membawa kepada perbezaan dari sudut pemahaman, pentafsiran dan pensabitan terhadap perkara yang dibincangkan di dalam ayat tersebut. Nawawi al-Bantani yang terkenal melalui karya tafsir Marah Labid li Kashf Ma’na al-Quran al-Majid merupakan seorang tokoh ulama dalam Ilmu Tafsir. Karya beliau ini telah menjadikan beliau seorang ulama terkenal dalam bidang tersebut. Kajian terhadap karya ini dilakukan pada surah al-Baqarah untuk menganalisis kesan al-Qira’at al-Mutawatirah terhadap hukum shari’ah dan perbahasan akidah yang terdapat di dalamnya. Kehadiran al-Qira’at al-Mutawatirah telah memberi kesan terhadap hukum shari’ah dan perbahasan akidah melalui perbezaan bacaan terhadap sesuatu perkataan atau ayat. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan perpustakaan. Penulis mengumpulkan data melalui kaedah dokumentasi dan historis manakala dalam kaedah menganalisis data, kaedah kualitatif digunakan. Secara umumnya penulis mendapati terdapat sebanyak 59 ayat dengan 77 perkataan di dalam surah al-Baqarah mengundungi Wujuh al-Qira’at padanya. Namun begitu penulis mendapati terdapat hanya 14 ayat sahaja yang telah dikemukakan oleh Nawawi al-Bantani yang telah memberi kesan terhadap aspek shari’ah dan akidah hasil dari kehadiran al-Qira’at al-Mutawatirah padanya. Oleh yang demikian pentafsiran ayat al-Quran yang mempunyai kesan al-Qira’at al-Mutawatirah di dalam karya ini boleh dijadikan hujah untuk mensabitkan sesuatu perkara yang melibatkan hukum-hakam di samping sumber-sumber yang lain. Kehadiran ilmu ini di dalam pentafsiran al-Quran perlu diambil kira bagi tujuan pensabitan hukum dan pemahaman yang lebih jelas. Ini kerana bacaan qira’at yang berbeza akan membawa makna yang berlainan. Oleh itu, pengetahuan terhadap Ilmu Qira’at amat diperlukan oleh seseorang yang ingin mentafsirkan ayat al-Quran bahkan ia merupakan salah satu syarat yang perlu ada bagi membolehkan seseorang itu mentafsirkan ayat al-Quran.

              Item Type: Thesis (Masters)
              Additional Information: Disertasi (M.A.) -– Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
              Uncontrolled Keywords: Al-qira’at al-mutawatirah; Pentafsiran; Al-Qur’an; Marah Labid li Kashf Ma’na Al-Qur’an al-Majid; Nawawi al-Bantani; Surah al-Baqarah
              Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
              Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
              Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
              Date Deposited: 29 Jul 2015 18:02
              Last Modified: 29 Jul 2015 18:02
              URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5323

              Actions (For repository staff only : Login required)

              View Item