Isu-isu akidah terpilih dalam Tafsir 'Abr al-Athir karya Ahmad Sonhadji / Norlaila binti Sulaiman

Sulaiman, Norlaila (2010) Isu-isu akidah terpilih dalam Tafsir 'Abr al-Athir karya Ahmad Sonhadji / Norlaila binti Sulaiman. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (250Kb) | Preview

    Abstract

    Norlaila binti Sulaiman : ISU-ISU AKIDAH TERPILIH DALAM TAFSIR ‘ABR AL-ATHIR KARYA AHMAD SONHADJI, Disertasi Ijazah Sarjana Usuluddin, Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2010. Penyelidikan ini merupakan satu kajian untuk menjelaskan tentang metodologi akidah daripada pandangan seorang tokoh tafsir iaitu Ahmad Sonhadji. Kepakaran beliau ditonjolkan dalam bidang akidah dalam pentafsiran isu-isu akidah terpilih. Kepakaran beliau digarap dan diperhalusi melalui hasil karya tafsir ‘Abr al-Athir dengan mengetengahkan pentafsiran ayat-ayat akidah juga mengetengahkan riwayat hidup penulis karya ini secara keseluruhan. Ahmad Sonhadji merupakan seorang tokoh ulama‟ Nusantara yang berusaha menjelaskan manhaj akidah beliau melalui ayat-ayat yang berkaitan akidah khasnya tentang sifat-sifat Allah, Af’al al-Ibad dan Qada’ dan Qadar yang menimbulkan perbezaan pendapat di kalangan umat Islam. Kajian ini juga memperlihatkan metod salaf sebagai garis panduan penting dalam mengetengahkan ketokohan Ahmad Sonhadji dalam bidang Akidah setelah bersinar dalam bidang Tafsir al-Qur‟an. Kajian ini juga memperlihatkan penggabungan dua bentuk metodologi penting iaitu kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Perbandingan juga dilakukan antara pandangan beliau dengan pandangan para ulama Islam iaitu Ibn Taimiyyah dan Ibn.Qayyim bagi memperhalusi tajuk perbincangan. Kajian ini membuktikan pentafsiran ayat-ayat akidah mengenai sifat-sifat Allah, af’al al-Ibad serta persoalan Qada’ dan Qadar adalah dipengaruhi oleh pemikiran ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah iaitu aliran salaf dan salafiyyah. Kitab-kitab tafsir dan al-Hadith yang muktabar telah membentuk corak pemikiran akidah beliau. Ahmad Sonhadji mengikuti pendekatan golongan Salaf iaitu beriman dengan semua sifat Allah s.w.t tanpa takyif (diterangkan caranya), tanpa tasybih dan tamthil (perumpamaan sifat Allah dengan sifat makhluk), tanpa ta’wil atau diubah kepada makna lain. Manhaj akidah beliau juga menjelaskan bahawa semua sifat itu diithbatkan kepada Allah s.w.t seperti yang diithbatkan dalam al-Qur‟an dan al-Hadith tanpa memalingkan erti sebenar kepada erti yang lain serta tidak menafikan atau mengingkari sifat-sifat Allah tersebut. Penyelidikan ini juga secara tidak langsung mengiktiraf ketokohan Ahmad Sonhadji dalam bidang akidah yang telah banyak mencurahkan sumbangan dari sudut pemikiran dan memperbaiki kefahaman umat Islam ke arah memahami akidah yang benar. Beliau berusaha menyampaikan huraian tafsiran akidah beliau dengan menggunakan bahasa yang senang difahami oleh semua lapisan masyarakat. Tokoh menjelaskan bahawa umat Islam memerlukan acuan sendiri untuk mendepani kehidupan dunia tanpa sempadan dengan mewarisi kesepaduan di antara aliran salaf dengan pendekatan kontemporari.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010.
    Uncontrolled Keywords: Ahmad Sonhadji Mohamed, 1922- 'Abr al-Athir; Faith (Islam)
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Aqidah & Islamic Thought
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 23 May 2015 11:41
    Last Modified: 23 May 2015 11:41
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5327

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item