Kesan Intervensi Psiko-Pendidikan Terhadap Tingkah Laku Murid Sekolah Menengah oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling / Aslina binti Ahmad

Ahmad, Aslina (2013) Kesan Intervensi Psiko-Pendidikan Terhadap Tingkah Laku Murid Sekolah Menengah oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling / Aslina binti Ahmad. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (3635Kb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan Intervensi Psikopendidikan ke atas tingkah laku subjek murid Tingkatan 4 (N=86) yang dirujuk kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling di tiga buah sekolah menengah di Selangor kerana terlibat dengan masalah disiplin. Tujuan kajian ini adalah untuk membandingkan kesan intervensi antara Kumpulan Kawalan dengan Kumpulan Rawatan Intervensi Psikopendidikan, mengukur perbezaan kesan intervensi antara Kumpulan Rawatan Intervensi Psikopendidikan yang diberikan secara individu dengan Kumpulan Rawatan Intervensi Psikopendidikan yang diberikan secara kelompok, dan melihat kesan faktor jantina ke atas tingkah laku subjek murid yang dirujuk. Selain itu, kajian ini juga dibuat untuk mendapatkan pandangan subjek terhadap Intervensi Psikopendidikan yang diberikan, dan memerihalkan profil subjek. Dengan menggunakan reka bentuk kajian eksperimen kuasi praujian-pascaujian dengan kumpulan kawalan, subjek diagihkan kepada tiga kumpulan, iaitu Kumpulan Kawalan, Kumpulan Intervensi Psikopendidikan Individu, dan Kumpulan Intervensi Psikopendidikan Kelompok secara padanan. Kesan rawatan dilihat dengan mengukur skor min tingkah laku berdasarkan Instrumen Skala Ohio dan rekod disiplin sekolah. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan ujian ANCOVA, Ujian Kruskal Wallis H, dan ujian Mann Whitney U. Hasil kajian mendapati bahawa Intervensi Psikopendidikan telah dapat mengurangkan tingkah laku bermasalah dan kekerapan subjek Kumpulan Rawatan daripada terlibat dalam masalah disiplin, tidak terdapat perbezaan kesan untuk kedua-dua kaedah rawatan yang digunakan iaitu Intervensi Psikopendidikan yang diberikan secara individu dan juga secara kelompok, dan Intervensi Psikopendidikan adalah lebih sesuai diberikan kepada subjek perempuan secara kelompok mahupun secara individu manakala Intervensi Psikopendidikan Kelompok didapati lebih sesuai untuk digunakan bagi subjek lelaki. Seterusnya, didapati bahawa majoriti subjek berpuas hati dengan intervensi yang diberikan, dan majoriti subjek merupakan murid berpencapaian akademik sederhana dan tidak aktif dalam aktiviti sekolah.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Ph.D -- Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, 2013
    Uncontrolled Keywords: School psychology--Study and teaching (Secondary); Educational counseling; High school students--Psychology
    Subjects: L Education > L Education (General)
    L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
    Divisions: Faculty of Education > Dept of Educational Psychology & Counselling
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 12 Jun 2015 10:57
    Last Modified: 12 Jun 2015 10:57
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5535

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item