Pembentukan model keberkesanan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah Malaysia / Qhamariah Samu

Samu, Qhamariah (2012) Pembentukan model keberkesanan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah Malaysia / Qhamariah Samu. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (7Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini bertujuan menyelidik kepadanan model yang dicadangkan dengan data yang dikumpulkan daripada 1428 responden yang terdiri daripada guru besar, guru penolong kanan, guru mata pelajaran sains, matematik dan bahasa Inggeris di sekolah rendah seluruh Malayisa. Faktor-faktor yang dikaji adalah kekangan luaran atau kekangan tahap pertama seperti Kompetensi teknologi, infrastruktur teknologi, motivasi daripada pihak luar, kepimpinan teknologi dan perhubungan faktor-faktor ini dengan keberkesanan pengintegrasian teknologi. Pendekatan Model persamaan struktural (Structural Equation Modeling) digunakan untuk menerangkan perhubungan antara faktor. Kajian ini juga menyelidik kesan mediation faktor kepimpinan teknologi dan kesan moderation faktor demografi iaitu peranan, lokasi sekolah dan mata pelajaran. Dapatan kajian ini juga memberi input empirikal yang kukuh untuk mengubah suai model yang dicadangkan kepada model parsimony yang lebih padan dengan data yang dikumpulkan. Analisis Exploratory Factor Analysis dan Confirmatory Factor Analysis digunakan untuk memantapkan struktur faktor yang mewakili laten variabel dalam kajian ini. Model pengukuran dan struktural diuji padanannya dengan data dan didapati nilai memuaskan berdasarkan fit indices. Model disahkan lagi dengan kaedah split sample dan didapati padanan model pengukuran dan struktural memuaskan. Dalam model struktural kompetensi mempunyai kesan yang besar, positif dan signifikan (.519, p = .002), kepimpinan teknologi mempunyai kesan yang sederhana, positif dan signifikan (.329, p = .003), motivasi mempunyai kesan yang rendah, tetapi positif dan signifikan (.081, p = .027), infrastruktur teknologi mempunyai kesan yang rendah dan tidak signifikan (.023, p = .452) terhadap keberkesanan pengintegrasian teknologi. Kesan keseluruhan faktor kompetensi teknologi, infrastruktur teknologi dan motivasi adalah positif dan ignifikan. Kompetensi teknologi mempunyai kesan tidak langsung yang positif (.063, .123) dan signifikan (p = .002). Infrastruktur teknologi mempunyai kesan tidak langsung yang positif (.045, .095) dan signifikan (p =.001). Begitu juga dengan faktor motivasi mempunyai kesan tidak langsung yang positif (.039, .094) dan signifikan (p = .002). Apabila model dikonstrain, kesan langsung faktor kompetensi teknologi, dan motivasi menjadi signifikan dan bagi faktor infrastruktur nilai kesan langsung meningkat. Oleh itu, dirumuskan bahawa kepimpinan teknologi mediate perhubungan antara ketiga-tiga faktor ini dengan keberkesanan pengintegrasian teknologi. Analisis pelbagai kumpulan dilakukan untuk memastikan kesan moderation variabel seperti peranan, lokasi sekolah dan mata pelajaran. Hasil analisis menunjukkan padanan model yang memuaskan bagi semua kumpulan. Analisis perbezaan χ2 antara model konstrain dan tidak dikonstrain menunjukkan nilai p lebih besar daripada .05. Oleh itu peranan, lokasi dan mata pelajaran tidak menjadi moderator dalam perhubungan antara faktor kompetensi teknologi, infrastruktur teknologi, motivasi dan kepimpinan teknologi dengan keberkesanan pengintegrasian teknologi. Berdasarkan dapatan, satu parsimonious model dibina tanpa Path antara infrastruktur teknologi dan keberkesanan pengintegrasian teknologi. Hasilnya model ini menunjukkan peningkatan nilai PCFI ( .885 ke .887) dan sedikit peningkatan nilai AIC (2773.457 ke 2774.940). Model parsimony ini merupakan model yang lebih baik untuk meramal kesan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengintegrasian teknologi. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang kesan mediation faktor kepimpinan teknologi antara perhubungan faktor kompetensi teknologi, infastruktur teknologi dan motivasi dengan keberkesanan pengintegrasian teknologi. Dapatan kajian akan membantu pembina polisi untuk menumpukan kepada faktor yang mempunyai kesan yang tinggi untuk meningkatkan keberkesanan pengintegrasian teknologi.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) -– Faculty of Education, University of Malaya, 2012
    Uncontrolled Keywords: Structural equation modeling--Data processing; Social sciences--Statistical methods--Data processing
    Subjects: L Education > L Education (General)
    L Education > LB Theory and practice of education
    T Technology > T Technology (General)
    Divisions: Faculty of Education
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 15 Jun 2015 11:40
    Last Modified: 15 Jun 2015 11:40
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5565

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item