Petrogenesis dan geokimia batuan igneus jalur tengah semenanjung Malaysia / Mohd Rozi Umor

Umor, Mohd Rozi (2009) Petrogenesis dan geokimia batuan igneus jalur tengah semenanjung Malaysia / Mohd Rozi Umor. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (5Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (21Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (32Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (9Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (133Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (25Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (82Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (260Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (174Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (123Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (146Kb) | Preview
                        [img]
                        Preview
                        PDF
                        Download (53Kb) | Preview
                          [img]
                          Preview
                          PDF (Full Text)
                          Download (63Kb) | Preview
                            [img]
                            Preview
                            PDF
                            Download (27Kb) | Preview
                              [img]
                              Preview
                              PDF
                              Download (109Kb) | Preview

                                Abstract

                                Kajian pluton Jalur Tengah dijalankan dengan tumpuan kepada Kompleks Igneus Stong dan Kompleks Igneus Benom bertujuan untuk menentukan jenis-jenis batuan, petrografi dan kandungan mineral, cirian geokimia, pengelasan batuan dan proses petrogenesis yang berlaku dalam evolusi batuan. Integrasi maklumat-maklumat ini digunakan untuk mensintesiskan model intrusif batuan dan pembentukkannya. Kompleks Igneus Stong dibahagikan kepada Pluton Berangkat, Pluton Noring dan Pluton Kenerong. Ketiga-tiga pluton ini ditafsirkan berasal daripada magma induk yang sama berdasarkan tren geokimia dan pengelasan batuan. Ia dikelaskan sebagai batuan metalumina dengan minor peralumina, granit jenis-I dan terkelas sebagai siri shoshonit hingga kalk-alkali kaya-K dengan sekitaran tektonik selepas orogenik. Kompleks Igneus Benom pula terdiri daripada batuan siri alkali dan siri kalk-alkali. Tren geokimia dan usia radiometri dua siri batuan ini menunjukkan mereka berasal daripada dua punca magma yang berbeza. Batuan siri alkali terdiri daripada gabro-gabro alkali, piroksenit, diorit-diorit kuarza, sienit-sienit kuarza dan monzonit kuarza. Ia dikelaskan sebagai batuan metalumina, granit jenis-I, shoshonit dan mengandungi kandungan LILE yang tinggi, terutamanya Ba dan Sr. Batuan siri kalk-alkali terdiri daripada granit dan granodiorit berbutir kasar porfiritik hingga sederhana halus sama saiz butiran. Tafsiran petrogenesis menunjukkan Kompleks Stong berpunca daripada peleburan separa metabasalt hingga metatonalit dan diperkayakan oleh bahan mantel. Ia menghablur dan membentuk Pluton Berangkat yang mengalami semula peleburan separa membentuk Pluton Noring dan baki leburan kemudiannya membentuk Pluton Kenerong. Batuan siri alkali Kompleks Benom pula ditafsirkan terhasil daripada pencampuran magma bes (berkemungkinan bahan mantel) dengan magma asid yang terhasil daripada peleburan separa metabasalt. Kaitan batuan di lapangan dan cirian geokimia menunjukkan bahawa model tektonik secara patahan kerak “slab breakoff” adalah sesuai digunakan bagi menjelaskan proses petrogenesis Kompleks Benom. Batuan siri kalk-alkali berusia mutlak lebih tua berbanding siri alkali. Tren geokimia menunjukkan ia terhasil daripada peleburan separa metagranit dan metagreiwak. Oleh itu, ia menunjukkan pengelasan campuran antara granit jenis I dan jenis S.

                                Item Type: Thesis (PhD)
                                Additional Information: Thesis (Ph.D.) -– Faculty of Science, University of Malaya, 2009
                                Uncontrolled Keywords: Granite--Malaysia; Petrology--Malaysia; Petrogenesis--Malaysia; Geochemistry--Malaysia; Igneous rocks--Malaysia
                                Subjects: Q Science > Q Science (General)
                                Q Science > QE Geology
                                Divisions: Faculty of Science
                                Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                                Date Deposited: 12 Nov 2015 13:10
                                Last Modified: 12 Nov 2015 13:10
                                URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5797

                                Actions (For repository staff only : Login required)

                                View Item