Marwiyat Jabir bin Zayd wa-al-Hasan al-Basri fi al-tafsir : dirasah wa-tahlil / Hajir 'Amr Khalifah al-Nami

al-Nami, Hajir 'Amr Khalifah (2010) Marwiyat Jabir bin Zayd wa-al-Hasan al-Basri fi al-tafsir : dirasah wa-tahlil / Hajir 'Amr Khalifah al-Nami. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (26Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini memfokuskan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Jabir Bin Zayd dan Hasan al-Basri, yang berkaitan dengan tafsir daripada kitab Jami’ al-Bayan karangan al-Tabari dan Kitab al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an karangan al-Qurtubi. Kajian ini mendalami metodologi yang digunakan oleh perawi Jabir bin Zayd dan Hasan al-Basri dalam periwayatan berkaitan tafsir dan menjelaskan dasar pemikiran mereka dalam memahami nas al-Quran. Menerusi kajian ini akan dikenalpasti sumber-sumber yang digunakan oleh mereka dalam memahami al-Quran. Justeru itu mengenali secara lebih mendalam peribadi kedua-dua tokoh ini adalah perlu, kerana dengan demikian dapat ditentukan kedudukan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh mereka, juga dapat ditentukan aspek persamaan dan perbezaan dalam periwayatan hadith tersebut. Topik pertama membincangkan zaman Imam Jabir bin Zayd, kehidupan, latar belakang pendidikan, sumbangan keilmuan, mazhab yang dianuti dan sejarah kematian. Topik kedua membincangkan riwayat hidup Imam Hasan al-Basri, kedudukan keilmuan, sumbangan dalam bidang ilmu dan sejarah kematian. Topik ketiga memfokuskan hadith-hadith berkaitan tafsir yang diriwayatkan oleh mereka berdua berkenaan ilmu ulum al-Quran, akidah dan fiqh. Topik keempat menjelaskan kajian perbandingan tentang hadith-hadith marwiyyat al-tafsiriyyah yang dikemukankan oleh mereka. Aspek yang ditonjolkan adalah metodologi periwayatan dan analisis perbandingan metodologi yang digunakan itu.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Qur'an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
    Uncontrolled Keywords: al-Qur'an--Hermenutics; al-Qur'an--Criticism, interpretation, etc; Quranic scholars
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 10 Sep 2015 17:00
    Last Modified: 10 Sep 2015 17:00
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5878

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item