Faysal `Abd Allah Msallati, Zaynab (2013) al-Ruwat al-muttahimun bi-bid`ah wa-infirad al-Imam Muslim Rahimahu Allah bi-al-rawiyat `anhum fi sahihih : dirasat wa-takhrij / Zaynab bint Faysal `Abd Allah Msallati. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Kajian ini membincangkan tentang para perawi Sahih Muslim yang ditohmah sebagai ahli bid’ah sebagai mana yang disebutkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam karyanya Hady al-Sari dan al-Hafiz al-Suyuti dalam karyanya Tadrib al-Rawi. Kajian juga menumpukan kepada riwayat-riwayat mereka dalam Sahih Muslim, para perawi yang disebutkan di dalam kitab Taqrib al-Tahzib tetapi tidak disebutkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam Hady al-Sari dan tidak disebutkan oleh al-Suyuti dalam Tadrib al-Rawi. Penulis juga menjelaskan secara ringkas riwayat hidup Imam Muslim dan kitab Sahih-nya, menghuraikan pengertian bid’ah dan pembahagiannya, dan pandangan para ulama dalam masalah tersebut. Kemudian kajian difokuskan pada hal ehwal para perawi yang ditohmah sebagai ahli bid’ah sebagai mana yang disebutkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar dalam karyanya Hady al-Sari dan al-Hafiz al-Suyuti dalam karyanya Tadrib al-Rawi serta pandangan para ulama dari segi jarh dan ta’dil. Penulis juga turut mengkaji riwayat-riwayat mereka dan mentakhrijnya daripada kitab-kitab hadith induk dengan menjelaskan faktor yang menyebabkan Imam Muslim memasukkan riwayat mereka ke dalam karyanya, Penulis kemudian mengkaji para perawi yang disebutkan oleh Ibn Hajar dalam kitab Taqrib al-Tahzib yang tidak disebutkan di dalam kitab Hady al-Sari dan Tadrib al-Rawi serta pandangan para ulama tentang mereka berdasarkan ilmu jarh dan ta’dil, tanpa menghuraikan riwayat-riwayat mereka dan hanya menyebutkan potongan riwayatnya serta kedudukannya di dalam Sahih Muslim. Kajian ini mendapati bahawa para perawi tersebut yang dimuat oleh Imam Muslim dalam Sahih-nya hanyalah sebagai riwayat syawahid dan mutaba’ah dan jarang disebutkan pada bahagian hadith utamanya. Beliau menyertakan syawahid dan mutaba’ah tersebut kerana tujuan tertentu seperti untuk mencapai sanad yang tinggi, jelas periwayatannya secara pendengaran, menjelaskan beberapa redaksi ayat yang dijadikan dasar hukum atau tujuan lain sebagai mana yang telah dihuraikan oleh penulis dalam kajian ini. Adapun tohmahan mereka sebagai ahli bid’ah, bukanlah bid’ah yang menjerumuskan seseorang ke lembah kekafiran. Justeru kitab Sahih Muslim dan Sahih al-Bukhari tetap kekal sebagai kitab yang paling sahih setelah al-Quran.
Actions (For repository staff only : Login required)