Tumbuhan terpilih menurut perspektif Islam dan sains kesihatan / Sumaiyah binti Mohd Tamizi

Mohd Tamizi, Sumaiyah (2015) Tumbuhan terpilih menurut perspektif Islam dan sains kesihatan / Sumaiyah binti Mohd Tamizi. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (2173Kb) | Preview

    Abstract

    Al-Quran adalah sumber maklumat utama umat Islam yang bersifat komprehensif. Ayat-ayat al-Qur‟an yang berbentuk kauniyyat ataupun yang menceritakan tentang alam termasuklah ayat-ayat yang menyebut tentang tumbuhan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji aspek tafsiran dan penemuan sains bagi tumbuh-tumbuhan yang dinyatakan secara khusus di dalam al-Qur‟an. Empat objektif telah digariskan iaitu menganalisis tafsiran ulama‟ berkaitan ayat al-Qur‟an yang berkaitan tumbuhan, mengkaji nama saintifik yang selaras dengan penerangan tafsiran al-Qur‟an dan Hadith, menganalisis penemuan sains dari aspek kesihatan dan menyelaraskan maklumat berkaitan potensi tumbuhan-tumbuhan tersebut daripada perspektif Islam dan sains. Kajian ini melibatkan dua kaedah pengumpulan data, iaitu kaedah kajian perpustakaan dan kaedah temubual. Terdapat tujuh belas (17) jenis tumbuhan yang dinyatakan dalam al-Qur‟an iaitu kurma (Phoenix dactylifera L.), zaitun ( Oleo europaea), anggur ( Vitis vinifera), delima (Punica granatum), tin (Ficus carica), halia ( Zingiber officinale), bawang putih (Allium sativum), bawang merah (Allium cepa), kayu sugi ( Salvadora persica), biji sawi (Brassica nigra), kacang dal ( Lens culinaris), pokok bidara (Cedrus libani), pokok tamarisk (Tamarix articulata), pokok kapur barus (Cinnamomum camphora), pisang (Musa spp.), timun (Cucumis sativus), dan labu (Cucurbita sp.). Hasil daripada analisis tafsiran dan hadith mendapati hanya kurma dan zaitun sahaja yang dinyatakan kegunaannya secara khusus iaitu kurma. Melalui surah Maryam ayat 23-25, ulama‟ tafsir menyatakan kurma merupakan buah yang baik untuk ibu yang mengandung dan akan melahirkan anak. Berdasarkan syarah ulama‟ terhadap hadith yang diriwayatkan oleh Muslim pula, ulama‟ menyatakan amalan tahnik menunjukkan kurma baik untuk bayi baru lahir. Analisis daripada kajian-kajian sains mendapati buah kurma mengandungi kalsium, serotonin, tannin, dan asid linoleik yang penting dalam mengawal pendarahan. Kandungan glukosa dalam kurma penting dalam membekalkan tenaga pada badan dan otot-otot uterus. Kurma turut bertindak sebagai laksatif dalam memudahkan proses melahirkan bayi. Kebaikan kurma untuk bayi yang baru lahir pula ialah bertindak sebagai analgesik yang dapat mengurangkan kesakitan bayi selepas proses kelahiran. Selain kurma, zaitun juga disebut secara khusus sebagai rawatan penyakit pleurisy berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi. Kajian sains mendapati bahan aktif yang terdapat dalam zaitun iaitu oleuropein membantu dalam rawatan penyakit pleurisy. Bagi analisis tafsiran tumbuh-tumbuhan selain kurma dan zaitun, didapati kebaikan-kebaikan tumbuh-tumbuhan tersebut dinyatakan dalam bentuk umum seperti, tumbuhan yang dinyatakan dalam al-Qur‟an mempunyai keistimewaan berbanding tumbuh-tumbuhan lain. Hasil daripada analisis kajian-kajian sains mendapati tumbuh-tumbuhan yang dinyatakan dalam al-Qur‟an ini mempunyai potensi sebagai rawatan bagi penyakit seperti kanser, kemerosotan sistem saraf, darah tinggi, diabetes, penyakit kolon, masalah keradangan dan pelbagai penyakit lain. Sebagai kesimpulan, tumbuh-tumbuhan yang dinyatakan dalam al-Qur‟an mempunyai banyak keistimewaan yang boleh dimanfaatkan.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.Phil.) -- Institute of Graduate Studies, University of Malaya, 2015
    Uncontrolled Keywords: Tumbuhan terpilih; Islam; Sains kesihatan
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Q Science > Q Science (General)
    Divisions: Institute of Graduate Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 07 Oct 2015 17:29
    Last Modified: 07 Oct 2015 17:29
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5969

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item