Nur Hafizah, Abd Aziz (2015) Penggunaan imitasi dalam penulisan karangan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar universiti / Nur Hafizah Abd Aziz. Masters thesis, University of Malaya.
| PDF (Thesis M.A) Download (2168Kb) | Preview |
Abstract
Objektif kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan imitasi dalam penulisan karangan bahasa Arab dalam kalangan pelajar universiti dengan menggunakan model karangan sebagai sumber dalam imitasi. Imitasi adalah satu pendekatan peniruan yang digunakan untuk membantu pelajar dalam meningkatkan kemahiran penulisan karangan. Justeru itu, kajian ini juga turut bertujuan untuk mengenalpasti ayat-ayat imitasi yang digunakan oleh pelajar serta aspek-aspek kesilapan yang sering berlaku di dalam proses imitasi. Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif yang dilaksanakan melalui kajian kes dengan menggunakan pendekatan imitasi iaitu peniruan gaya bahasa. Satu set model karangan telah diberikan kepada pelajar sebagai sumber imitasi. Seterusnya data kajian berkaitan penggunaan imitasi dalam penulisan karangan ini dikumpulkan daripada 64 skrip jawapan karangan yang telah ditulis oleh pelajar. Data kajian ini dianalisi bagi melihat kekerapan penggunaan imitasi yang telah dilakukan oleh responden dari sudut gaya bahasa Istifha:m, gaya bahasa Nida:’, gaya bahasa Amr dan gaya bahasa Nahy. Maklumat yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan SPSS (Statistical Packages Of Sciences Social Versi 12) dan juga secara manual. Hasil analisis menggunakan SPPS ditunjukkan dalam bentuk peratus dan kekerapan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa imitasi gaya bahasa Istifha:m, Nida:’, Amr dan Nahy telah dilaksanakan oleh responden melalui tiga teknik imitasi iaitu teknik Imitasi Model, teknik Penggantian Leksikal dan teknik Penggantian Keseluruhan Ayat. Selain daripada itu, kajian juga merekodkan kesilapan yang tertinggi yang telah dilakukan oleh responden iaitu kesilapan sintaksis. Secara kesimpulannya, diharapkan kaedah ini dapat digunakan sebagai salah satu strategi dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Arab oleh tenaga pengajar bahasa Arab dan pelajar bahasa Arab
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A.) - Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2015. |
Uncontrolled Keywords: | Imitasi; Penulisan karangan; Bahasa Arab; Pelajar universiti |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > PJ Semitic |
Divisions: | Faculty of Languages and Linguistics |
Depositing User: | Mrs Nur Aqilah Paing |
Date Deposited: | 20 Nov 2015 17:25 |
Last Modified: | 17 Sep 2021 07:03 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6001 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |