Keberkesanan Kursus Literasi Maklumat di Perpustakaan UKM, Bangi / Lokman bin Mohamed

Mohamed, Lokman (2015) Keberkesanan Kursus Literasi Maklumat di Perpustakaan UKM, Bangi / Lokman bin Mohamed. Other thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (79Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (302Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF (Full Text)
      Download (679Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (110Kb) | Preview

          Abstract

          Perkembangan teknologi maklumat yang dinamik telah merubah corak pengurusan perpustakaan walaupun fungsi tradisionalnya dikekalkan. Perpustakaan kini menguruskan kepelbagaian sumber maklumat fizikal dan maya bagi menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan sepanjang hayat. Kursus Kemahiran Literasi maklumat yang dijalankan adalah medium yang dapat melatih dan membantu pengguna mengenalpasti, memilih, menilai dan mengguna sumber maklumat yang relevan, menambah pengetahuan dan seimbang. Kesan lain adalah dapat membantu UKM sebagai institusi pendidikan melahirkan graduan yang efektif dalam menyelesaikan masalah, mengimplementasikan logik, kritikal dan kreatif yang berdikari dan boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja. Kualiti ini dipanggil celik maklumat sebagai hepotesis kajian. Kajian ini dijalankan selama tiga bulan (Jun-September 2014). Objektif kajian adalah untuk menentukan tahap keberkesanan literasi maklumat di samping mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kursus literasi maklumat serta meneliti kesan kursus literasi maklumat di Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kepada pelanggan, seterusnya mencadangkan langkah-langkah bagi meningkatkan tahap keberkesanan kursus literasi maklumat di Perpustakaan UKM. Kajian ini dijalankan menggunakan data sekunder dan primer yang dianalisis menggunakan analisis deskriptif melalui kaedah kuantitatif melalui borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang diperincikan dan diklasifikasikan menurut bahagian berabjad. Kaedah yang diaplikasi dalam kajian ini berjaya memenuhi objektif dan menguji hepotesis kajian. Langkah-langkah dan cadangan masa depan adalah kearah modernisasi dan globalisasi bagi mewujudkan kursus literasi maklumat secara atas talian sebagai medium yang terbaik agar pelajar lebih tertarik kepada rangkaian interaksi yang lain seperti Facebook, Friendster dan Skype yang lebih bersifat mesra pengguna. Menurut Tan Piaw Hua (2006), e-learning berpontesi untuk membuat proses belajar lebih efektif sebab peluang siswa untuk berinteraksi dengan pensyarah, teman, mahupun bahan belajarnya terbuka lebih luas.

          Item Type: Thesis (Other)
          Additional Information: Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran dan Operasi), Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, 2015
          Uncontrolled Keywords: Kursus Literasi Maklumat; Perpustakaan UKM; Bangi
          Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
          Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z719 Libraries (General)
          Divisions: University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed)
          Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
          Date Deposited: 25 Nov 2015 16:24
          Last Modified: 25 Nov 2015 16:24
          URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6037

          Actions (For repository staff only : Login required)

          View Item