Disiplin pelajar di SMK Bandar Utama Damansara 4, Petaling Jaya / Puspa Devi a/p Lokanathan

Lokanathan, Puspa Devi (2015) Disiplin pelajar di SMK Bandar Utama Damansara 4, Petaling Jaya / Puspa Devi a/p Lokanathan. Other thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (3974b) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (197Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (831Kb) | Preview

        Abstract

        Disiplin pelajar dalam sesebuah sekolah merupakan aspek yang perlu dititikberatkan kerana pembentukan disiplin pelajar yang baik dapat melahirkan modal insan kelas pertama. Peningkatan kadar masalah disiplin pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara 4 secara mendadak telah menjejaskan prestasi pelajar dan kecemerlangan sekolah secara berterusan. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis- jenis masalah disiplin pelajar di sekolah, menentukan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar, meneliti kesan masalah disiplin pelajar serta mencadangkan langkah-langkah bagi menangani masalah disiplin pelajar. Kaedah kajian utama yang digunakan dalam menjalankan kajian ini adalah dengan cara mengedarkan set borang soalselidik kepada 60 orang responden yang terdiri daripada pelajar dan guru-guru SMKBUD4. Selain itu, data sekunder dalam bentuk rekod sekolah juga digunakan. Berdasarkan kajian yang dijalankan, terdapat tujuh jenis masalah disiplin yang dialami oleh pelajar di SMKBUD 4 iaitu bergaduh dengan rakan, mencuri, merokok, ponteng kelas, ponteng sekolah, lewat ke sekolah dan membuli kawan. Bilangan kes ini meningkat hampir 1.4 kali dalam tempoh tiga tahun iaitu dari tahun 2012 sehingga 2014. Antara faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin pelajar ialah faktor sifat kendiri pelajar yang tidak berminat untuk belajar, kekurangan penyeliaan ibu bapa, hubngan pelajar dengan guru yang tidak rapat, pengaruh rakan sebaya untuk mencuba sesuatu yang baru dan pengaruh media massa. Kajian mencadangkan untuk membentuk keperibadian yang baik di kalangan pelajar, ibu bapa sentiasa menyelia anak-anak mereka, guru-guru lebih mesra dan membentuk hubungan yang rapat dengan pelajar.

        Item Type: Thesis (Other)
        Additional Information: Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia), Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, 2015
        Uncontrolled Keywords: Disiplin pelajar; SMK Bandar Utama Damansara 4; Petaling Jaya
        Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
        H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
        Divisions: University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed)
        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
        Date Deposited: 26 Nov 2015 12:52
        Last Modified: 26 Nov 2015 12:52
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6042

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item