Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) / Nur Syuhadah Nachar Aminsa@Sattar

Nur Syuhadah Nachar, Aminsa@Sattar (2015) Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) / Nur Syuhadah Nachar Aminsa@Sattar. Other thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Exec. Diploma)
Download (1286Kb) | Preview

    Abstract

    Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan satu medium yang menjadi perhatian umum pada era ini. ICT pada hari ini sangat penting terutamanya di dalam tugasan seharian. Oleh itu, Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah salah sebuah jabatan yang sedang menuju ke arah mensifarkan penggunaan kertas dan mempertingkatkan penggunaan ICT di dalam tugasan seharian kakitangan selaras dengan matlamat kerajaan khususnya dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah Kerajaan Elektronik. Objektif utama kajian ini adalah untuk menentukan tahap penggunaan ICT di Jabatan Penguatkuasaan DBKL. Selain itu, faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ICT di Jabatan Penguatkuasaan DBKL turut di analisis dan seterusnya meneliti tahap keberkesanan penggunaan ICT di Jabatan Penguatkuasaan DBKL melalui faktor-faktor tersebut. Di samping itu kaedah-kaedah bagi meningkatkan tahap penggunaan ICT di Jabatan Penguatkuasaan DBKL turut dicadangkan. Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif. Data kuantitatif boleh diukur melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik. Dalam kajian ini, penggunaan soal selidik merupakan salah satu pilihan dalam mengumpul data. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, terdapat perkaitan dan hubungan di antara pembolehubah yang dikaji iaitu maklumat diri responden, pengetahuan, kemahiran, sikap dan minat terhadap ICT dengan keberkesanan penggunaan ICT. Faktor-faktor tersebut mempengaruhi keberkesanan penggunaan ICT di Jabatan Penguatkuasaan DBKL. Di dalam kajian ini dicadangkan agar latihan dan kursus diperbanyakkan sama ada secara menyeluruh atau secara berperingkat agar kakitangan di Jabatan Penguatkuasaan DBKL dapat mempertingkatkan ilmu ICT yang ada dan menimba ilmu ICT yang baru. Dengan adanya kursus dan latihan yang optimum, matlamat Kerajaan tercapai dalam membentuk sebuah Kerajaan lektronik dan celik IT.

    Item Type: Thesis (Other)
    Additional Information: Research Report (Exec. Dip.) - Universiti Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed), Universiti Malaya, 2015.
    Uncontrolled Keywords: Teknologi maklumat dan komunikasi; ICT; Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur; DBKL
    Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
    T Technology > T Technology (General)
    Divisions: University of Malaya Centre for Continuing Education (UMCCed)
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 26 Nov 2015 14:45
    Last Modified: 17 Dec 2021 06:31
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6045

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item