Al-manhaj al-haraki dalam penulisan Sayyid Muhammad Nuh menurut perspektif hadith : Aplikasi dalam isu-isu semasa gerakan dakwah di Malaysia / Muhammad Arif Yahya

Muhammad Arif, Yahya (2015) Al-manhaj al-haraki dalam penulisan Sayyid Muhammad Nuh menurut perspektif hadith : Aplikasi dalam isu-isu semasa gerakan dakwah di Malaysia / Muhammad Arif Yahya. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (536Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (203Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (204Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF (Full Text)
        Download (3637Kb) | Preview

          Abstract

          Al-Manhaj al-haraki adalah merupakan metode dan aliran yang digunakan oleh tokoh- tokoh gerakan dakwah semasa kearah penafsiran ayat-ayat al-Quran serta hadith-hadith berlandaskan pendekatan al-haraki. Kajian ini bertujuan mengenal pasti al-manhaj al-haraki yang wujud dalam penulisan Sayyid Muhammad Nuh khususnya metode penulisan beliau dari perspektif hadith. Kajian juga bertujuan meneliti aplikasi al-manhaj al-haraki gerakan dakwah di Malaysia dalam menangani beberapa isu semasa yang timbul. Untuk mencapai objektif ini, kajian telah menggunakan dua metode penyelidikan, iaitu metode perpustakaan dan metode lapangan. Hasil kajian mendapati bahawa wujud aliran al-haraki dalam pengajian hadith sepertimana wujud aliran tersebut dalam pengajian tafsir sebelum ini. Hasil kajian juga mendapati bahawa karya-karya penulisan Sayyid Muhammad Nuh terutamanya dalam penghuraian hadith-hadith Nabi s.a.w cenderung kearah huraian dan penafsiran dengan metode al-haraki. Perkara ini berdasarkan idea-idea al-haraki yang dikemukakan dalam huraian hadith-hadith serta tajuk karya yang dikemukakan oleh beliau dalam penulisannya. Hasil kajian juga mendapati bahawa aplikasi al-manhaj al-haraki gerakan dakwah di Malaysia dalam menangani isu-isu semasa dilihat mengambil pendekatan yang berbeza samaada melibatkan isu mempertahankan Islam di Malaysia atau isu politik Islam di Malaysia. Kajian mendapati bahawa perbezaan dalam menangani tiga isu pertama (COMANGO, Kalimah Allah dan Syiah) adalah dari sudut penilaian terhadap ancaman yang melibatkan kedudukan Islam di Malaysia terutamanya aspek pendekatan dengan non muslim serta kaedah yang terbaik dalam menangani ajaran sesat seperti Syiah. iv Manakala aspek perbezaan dalam menangani dua isu politik (Isu Tahaluf Siyasi dan Isu Mengundi Non Muslim) adalah melibatkan perbezaan ijtihad dalam menilai fiqh al-siyasah semasa berdasarkan perjalanan politik dan penilaian terhadap kuasa politik antara masyarakat muslim dan non muslim yang wujud di Malaysia ini.

          Item Type: Thesis (PhD)
          Additional Information: Thesis (Ph.D.) - Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2015.
          Uncontrolled Keywords: Dakwah, Malaysia, Islamic
          Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
          Divisions: Academy of Islamic Studies
          Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
          Date Deposited: 25 Feb 2016 10:33
          Last Modified: 25 Feb 2016 10:33
          URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6118

          Actions (For repository staff only : Login required)

          View Item