Pemikiran masyarakat Tamil awal dalam kesusasteraan Tamil klasik / Seiva Subramaniam a/l Ramiah

Seiva Subramaniam, Ramiah (2015) Pemikiran masyarakat Tamil awal dalam kesusasteraan Tamil klasik / Seiva Subramaniam a/l Ramiah. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (399Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (1533Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (719Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (935Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (845Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (695Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (158Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (522Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (5Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (611Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (4Kb) | Preview
                        [img]
                        Preview
                        PDF
                        Download (3762b) | Preview
                          [img]
                          Preview
                          PDF (Full Text)
                          Download (503Kb) | Preview

                            Abstract

                            Kajian ini bertajuk ‘Pemikiran Masyarakat Tamil Awal Dalam Kesusasteraan Tamil Klasik’, dan ia mengkaji tentang pemikiran masyarakat Tamil Awal yang dipaparkan dalam hasil kesusasteraan Tamil klasik. Kesusasteraan Tamil klasik merangkumi lapan belas teks yang digolongkan dalam dua antologi iaitu antologi Eṭṭuttokai dan antologi Pattuppāṭṭu. Kedua-dua antologi tersebut yang dicipta antara 350SM hingga 300 masihi, mencerminkan budaya purba, emosi halus dan aspirasi mulia masyarakat Tamil Awal. Tujuan asas kajian ini ialah untuk mengenal pasti dan mendedahkan pemikiran masyarakat Tamil awal yang dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Kajian ini berbentuk penyelidikan kualitatif yang menjurus kepada penyelidikan perpustakaan di mana kaedah interprestasi kesusasteraan digunakan. Data-data yang dikumpul, diatur mengikut kategori secara teliti dengan menggunakan metod Hermeneutik. Bagi mendedahkan pemikiran masyarakat Tamil awal, sebuah teori tempatan yang digelar Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) digunakan. Teori SPB4K ini, terdiri daripada empat jenis pemikiran iaitu pemikiran kerohanian, pemikiran kebitaraan, pemikiran kesaintifikan dan pemikiran kekreatifan. Pembuktian teori ini dibuat bersesuaian dengan pokok persoalan kajian yang ditetapkan. Penemuan yang diperolehi dari sini dianalisis dan dikemukakan sebagai kesimpulan. Hasil kajian mendedahkan, pemikiran masyarakat Tamil awal memiliki kekuatan dan kekayaan fakta yang menunjukkan keserasian dengan kerangka Teori SPB4K. Penemuan kajian ke atas pemikiran masyarakat Tamil awal dapat dijadikan panduan kepada generasi akan datang, selain menjadi perintis kepada kajian-kajian akan datang dalam usaha mendalami setiap jenis pemikiran secara terperinci berdasarkan mana-mana hasil kesusasteraan Tamil.

                            Item Type: Thesis (PhD)
                            Additional Information: Thesis (Ph.D.) - Faculty of Arts And Social Sciences, University of Malaya, 2015.
                            Uncontrolled Keywords: kesusasteraan Tamil klasik; Literature; Arts And Social Sciences
                            Subjects: L Education > L Education (General)
                            Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences
                            Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                            Date Deposited: 25 Feb 2016 10:38
                            Last Modified: 25 Feb 2016 10:38
                            URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6124

                            Actions (For repository staff only : Login required)

                            View Item