Peranan pesantren dalam pembangunan ekonomi masyarakat di Jawa Timur Indonesia / Syamsuri

Syamsuri, - (2016) Peranan pesantren dalam pembangunan ekonomi masyarakat di Jawa Timur Indonesia / Syamsuri. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis PhD)
Download (9Mb) | Preview

    Abstract

    Hingga saat ini lebih kurang 27,218 pondok pesantren telah ditubuhkan di sekitar 68,000 kampung di Indonesia. Ianya tumbuh berkembang di tengah-tengah masyarakat, diwujudkan oleh masyarakat dan ditujukan untuk masyarakat. Walau bagaimanapun masih ada yang beranggapan negatif mengenai pesantren bahawa ianya hanyalah institusi yang melahirkan para penggangur, dan belum mampu bertindak balas dengan masalah sosial dalam masyarakat. Justeru kajian ini bertujuan untuk menjelaskan peranan pesantren dalam pembangunan ekonomi masyarakat yang meliputi empat aspek utama kajian iaitu visi, misi dan falsafah pesantren dalam menyokong pembangunan ekonomi masyarakat di jawa Timur. Seterusnya potensi peluang ekonomi yang dimiliki pesantren. Begitu juga faedah yang diperolehi dari pengembangan ekonomi di pesantren. Akhir sekali ialah peranan pesantren dalam pembangunan ekonomi masyarakat sekitar. Kajian ini adalah kajian kes secara kualitatif yang mengunakan tiga teknik pengutipan data secara dokumentasi, temubual dan observasi. Pemerhatian yang mendalam telah dijalankan di tiga buah pesantren iaitu Pesantren Salafiyyah Sidogiri Pasuruan, Pesantren Kombinasi al-Yasini Areng-Areng dan Pesantren Moden Gontor Ponorogo. Ketiga-tiga pesantren ini dipilih secara persampelan bertujuan (purposive sampling) sesuai dengan maksud penelitian iaitu pesantren yang telah mengembangkan usaha-usaha ekonominya. Kajian ini melibatkan 66 peserta kajian dengan kaedah persampelan kuota, di mana peserta kajian yang dipilih dan terlibat dalam kajian berasaskan kategori-kategori yang diingini dalam populasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa visi, misi dan falsafah pesantren sentiasa berpegang teguh dengan ajaran-ajaran syariah Islam. Nilai-nilai tersebut menjadi unsur asasi dalam membentuk sumber manusia yang memiliki sensitiviti sosial dan budaya. Kajian ini juga mendapati ada dua potensi yang dimiliki pesantren untuk berperanan dan mengembangkan ekonominya iv iaitu potensi ekonomi madiyyah (fizikal) dan potensi ekonomi insaniyyah. Kajian ini turut membuktikan adanya peranan pesantren dalam pembangunan ekonomi masyarakat di Jawa Timur yang merangkumi aspek pendidikan, kerohanian, kesihatan, ekonomi dan aspek sosial budaya.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2016.
    Uncontrolled Keywords: Economic development; Indonesia; Pesantren
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 08 Sep 2016 17:42
    Last Modified: 23 Oct 2019 08:39
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6615

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item