Penilaian keberkesanan pengurusan sekolah rendah di Semenanjung Malaysia berdasarkan model pengurusan berasaskan sekolah (PBS) / Rahmad Sukor Ab. Samad

Rahmad Sukor , Ab. Samad (2016) Penilaian keberkesanan pengurusan sekolah rendah di Semenanjung Malaysia berdasarkan model pengurusan berasaskan sekolah (PBS) / Rahmad Sukor Ab. Samad. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis PhD)
Download (2588Kb) | Preview

    Abstract

    Menjelang tahun 2006, sebuah polisi yang membolehkan guru besar atau pentadbir sekolah melaksanakan pentadbiran sendiri di sekolah masing-masing telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Pengurusan Berasaskan Sekolah (PBS). Bertolak dari itu, kajian ini dijalankan untuk membuat penilaian keberkesanan pengurusan sekolah berdasarkan model Pengurusan Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dijalankan di Semenanjung Malaysia dan keberkesanan model-model PBS berdasarkan kepada empat Zon iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan dan Zon Timur. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif menggunakan borang soal selidik. Pemilihan populasi menggunakan kaedah multistage. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS secara deskriptif iaitu min dan sisihan piawai; serta empirikal dengan menggunakan ujian t, ujian korelasi dan ujian regresi pelbagai. Model PBS yang digunakan dalam kajian ini berdasarkan kepada teori yang diperkenalkan oleh Yin Cheong Cheng (1996) dan Caldwell & Spinks (1998). Soalan-soalan soal-selidik dibina dengan berpandukan kepada idea yang disampaikan oleh Gamage & Zajda (2009); Julaihi Bujang (1999); McEwan (2002) dan Walker (2000) berkaitan dengan PBS. Setelah soalan dibina satu kajian rintis dijalankan dan mendapat pengesahan dari pakar berkaitan PBS untuk memperolehi keesahan. Kebolehpercayaan adalah tinggi disebabkan nilai alpha-cronbach adalah 0.92 secara keseluruhannya. Dapatan kajian ini dari aspek pemahaman didapati 5 item berada pada tahap pemahaman yang baik manakala 2 item berada pada tahap pemahaman sederhana. Penilaian keberkesanan PBS dari aspek kecederungan melaksana iaitu polisi sekolah, pengaruh Kementerian dan Jabatan Pelajaran Negeri, peranan guru besar, peranan guru, ibu bapa dan komuniti, kesemua angkubah yang diuji menunjukkan guru besar melaksana PBS pada tahap yang baik. Begitu juga dari aspek strategi kepimpinan didapati visi dan misisekolah, pengurusan sumber manusia, pemantauan dan penyeliaan berada pada tahap yang baik. Walau bagaimanapun, keberkesanan dari aspek pengurusan kewangan terdapat dua item yang berada pada tahap sederhana iaitu pemindahan kewangan dan mendapat bantuan dari pihak swasta berada pada tahap sederhana. Selain itu, dari aspek keberkesanan membuat keputusan 11 item daripada 13 adalah berkesan manakala 2 item adalah sederhana. Kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan dalam membuat keputusan semasa dengan yang diharapkan iaitu 10 item dari 11 item adalah signifikan iaitu terdapat perbezaan yang signifikan yang mana menggambarkan bahawa 10 item tersebut perlu ditingkatkan pada masa akan datang. Satu item yang tidak signifikan ialah maklumat dari mereka yang pakar diambil kira dalam membuat keputusan adalah tidak signifikan iaitu tidak ada sebarang perbezaan antaranya. Berdasarkan analisis menggunakan regresi pelbagai untuk mengetahui faktor-faktor penyumbang kepada keberkesanan model PBS sekolah rendah di Semenanjung Malaysia, didapati 7 daripada 9 peramal merupakan faktor terhadap keberkesanan sekolah. Faktor-faktor tersebut adalah pengaruh jabatan dan kementerian, peranan guru besar, peranan guru, ibu bapa dan komuniti, visi dan misi sekolah, pengurusan sumber manusia, pemantauan dan penyeliaan, dan cara membuat keputusan semasa. Walau bagaimanapun model PBS bagi setiap zon adalah didapati tidak sama. Akhir sekali, dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan kepada guru besar dan bakal-bakal guru besar untuk mentadbir sekolah masing-masing dan membuat penambahbaikan mana-mana aspek yang penting tetapi masih tidak dapat dijalankan dengan berkesan.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) - Institute of Graduate Studies, Institute of Graduate Studies, 2016.
    Uncontrolled Keywords: School management; Primary school; Malaysia
    Subjects: L Education > L Education (General)
    L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
    Divisions: Institute of Graduate Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 28 Sep 2016 16:40
    Last Modified: 11 Sep 2019 08:03
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6745

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item