Pengaruh dan kesan pergerakan-pergerakan Pentecostalisme dan Karismatik ke atas gereja-gereja di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur: Satu kajian ke atas perubahan dalam pemikiran dan kebudayaan keagamaan Kristian / Chin Tih-Tih

Chin , Tih-Tih (1993) Pengaruh dan kesan pergerakan-pergerakan Pentecostalisme dan Karismatik ke atas gereja-gereja di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur: Satu kajian ke atas perubahan dalam pemikiran dan kebudayaan keagamaan Kristian / Chin Tih-Tih. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s degree)
Download (12Mb) | Preview

    Abstract

    Dalam latihan ilmiah, pengkaji telah mengemukakan lima buah bab dan bab terakhir merupakan kesimpulan dan rumusan kepada keseluruhan kertas kerja .Bab pertama merangkumi bab pengenalan daripada permulaan kerja lapangan sehinggalah kepada penganalisaan data oleh pengkaji dalam penulisan latihan. Lokasi kajian, kaedah penyelidikan dan masalah- masalah yang dihadapi dalam kerja lapangan juga dimuatkan dalam bab ini. Bab kedua dimulakan dengan memberikan latar belakang sejarah permulaan Pergerakan Pentecostalisme dan Karismatik di Amerika Syarikat dan seterusnya membincangkan pula perkembangan serta pengaruhnya ke atas komuniti Kristian di Malaysia. Bab ketiga memperkenalkan dua buah gereja kajian pengkaji iaitu Spiritual Assembly dan Salvation Church dengan menghuraikan aspek- aspek lokasi dan pelan, struktur keanggotaan gereja serta aktiviti – aktiviti yang dijalankan oleh gereja- gereja tersebut. Seterusnya bab keempat membincangkan satu isu khas mengenai satu bentuk evangelistik dan organisasi berdasarkan penyembuhan yang terkenal pada masa ini iaitu 'healing rallies' untuk melihat pengaruh dan kesannya ke atas masyarakat Kristian. Tumpuan khas diberikan kepada golongan cacat Kristian yang secara tidak langsung telah digunakan oleh organisasi-organisasi 'rallies' untuk menambahkan publisiti kepada pertubuhan mereka. Perbincangan mengenai isu penyembuhan yang menjadi tema utama rally-rally ini juga ditinjau untuk melihat implikasinya terhadap penganut-penganut Kristian. Bab kelima membincangkan isu-isu keagamaan yang timbul akibat perkembangan Pergerakan-pergerakan Pentecostalisme dan Karismatik dengan melihat dan membandingkan fenomena-fenomena yang diperhatikan dari gereja - gereja kajian pengkaji . Perhatian telah diberikan kepada isu 'Holy Spirit ', konsep pengakuran, aktiviti- aktiviti akibat manifestasi 'Holy Spirit ' seperti glossol alia dan corak 'worship ' dalam gereja. Tujuannya adalah untuk melihat perkembangan aspek- aspek ini dan mengenalpasti kesan dan perubahan yang telah berlaku ke atas komuniti Kristian akibat darinya. Bab keenam ataupun bahagian penutup merupakan suatu kesimpulan mengenai perbincangan-perbincangan yang telah dikemukakan oleh pengkaji dalam latihan ilmiah ini. Satu rum usan ringkas akan diberikan mengenai sejauh mana tujuan pengkaji telah dicapai dalam latihan ilmiah ini dan apakah aspirasi yang dapat diperolehi oleh pengkaji terhadap kajian yang telah dijalankan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1993/1994.
    Uncontrolled Keywords: Church; Christianity; Healing rallies; Holy Spirit
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BR Christianity
    B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 01 Aug 2018 04:46
    Last Modified: 01 Aug 2018 04:46
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/8665

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item